Perak seolah-olah pantas melupakan kehampaan pada aksi final Piala FA minggu lalu setelah mencatatkan kemenangan 3-0 keatas Sabah pada aksi sulung saingan Piala Malaysia 2019 di Stadium Perak, Ipoh.

Aksi Piala Malaysia 2019 pada malam ini bersambung dengan pertembungan di antara juara bertahan, Perak dan Sabah daripada Kumpulan C.


Seperti yang diramal, skuad The Bos Gaurus berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 menerusi jaringan oleh Brendan Gan, Careca dan Leandro dos Santos masing-masing pada minit ke-45, ke-50 dan ke-92.





Berikut adalah lima perkara kami dapati daripada perlawanan malam ini:

#1 Sabah ada masalah tangani bola di udara

Skuad Tambadau mempunyai masalah untuk berhadapan dengan situasi ini. Punca yang kami dapati adalah pemain-pemain pertahanan Sabah mempunyai kurang ketinggian berbanding pemain-pemain barisan ser4ngan Perak seperti Ronaldo, Careca dan Partiban. Ini menjadi kesukaran buat pertahanan Sabah untuk memenangi bola di udara serta mengeluarkannya daripada kawasan kotak penalti.


Ada tiga situasi kami perhatikan pada babak pertama, di mana tiga kali Ronaldo mendapat peluang untuk merobek gawang dan dua daripadanya merupakan ‘free header’ yang gagal disaingi mana-mana pemain Sabah. Selain itu, komunikasi lemah antara penjaga gol dan barisan pertahanan juga salah satu punca kepada masalah ini.

#2 Aguinaldo mudah lepasi kawalan pertahanan Perak

Apabila Sabah melancarkan ser4ngan, Aguinaldo bijak memposisikan dirinya iaitu di belakang Idris Ahmad. Kedudukan itu membolehkan beliau mendapat bola dan terus melakukan larian ke arah gawang untuk berhadapan dengan Hafizul Hakim secara 1 vs 1.



Aguinaldo pula mempunyai kelajuan tetapi beliau sedikit lewat dalam membuat tindakan untuk melepaskan rembatan.


Ia sempat dibaca oleh Hafizul Hakim dan Shahrul Saad yang membuat larian susulan. Seperkara lagi, rakan sepasukan Aguinaldo pula lambat naik ke atas untuk memberikan ‘option’ di bahagian serangan.

#3 Gandingan Brendan & Leandro bukan tandingan midfield Sabah

Antara kekuatan yang dimiliki oleh skuad Mehmed Durakovic adalah gandingan Brendan Gan dan Leandro dos Santos di bahagian tengah. Mereka berdua mempunyai kebolehan teknikal individu dan ‘work rate’ yang tinggi serta rajin membantu barisan ser4ngan dan pertahanan.


Apabila kehilangan bola, kedua-dua mereka pantas memberikan tekanan kepada pemain-pemain Sabah dan seterusnya mereka segera melebarkan kepada kedua belah sayap atau menghantar kepada Careca.

Bonus kepada midfield Perak, Careca juga memainkan peranan penting dalam membantu gandingan Brendan dan Leandro di bahagian tengah. Sukar untuk Azzizan dan Ahmet Atayev untuk mencabar kekuatan midfield Perak ini.

#4 Maxsius Musa gagal lakukan hantaran berkualiti ke dalam kotak penalti

Pada separuh masa kedua, Jelius Ating memasukkan Maxsius Musa menggantikan Jenius Karib. Maxsius merupakan seorang pemain yang mempunyai kawalan bola yang baik dan mampu melakukan gelecekan menewaskan pemain lawan. Pada masa yang sama beliau mempunyai kelajuan.

Tujuan Jelius memasukkan Maxsius agar Sabah dapat eksploitasi bahagian kiri Perak seterusnya membuat hantaran ke dalam kotak penalti mencari Aguinaldo dan Rodoljub. Maxsius berjaya melakukan tugasan pertama iaitu untuk eksploitasi bahagian kiri Perak, beberapa kali beliau berjaya menwaskan Nazirul Naim.

Tetapi beliau gagal melakukan tugasan kedua iaitu memberikan hantaran berkualiti ke dalam kotak penalti mencari penyerang mereka. Ini menyebabkan terpaksa akur gagal menghasilkan jaringan dalam perlawanan ini.

#5 Beza kualiti pasukan Liga Super dan Liga Premier

Sabah merupakan juara Liga Premier pada musim ini dan musim hadapan mereka bakal beraksi dalam kancah Liga Super. Manakala Perak pula merupakan pasukan yang menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-5 pada musim ini. Namun, perbezaan kualiti di antara kedua-dua pasukan ini sangat besar.


Perak mempunyai kualiti hampir di setiap bahagian daripada penjaga gol sehingga ke barisan ser4ngan. Selain daripada kualiti, Perak juga konsisten selam 90 minit permainan berbanding pasukan Sabah, mereka mula keletihan dan hilang semangat untuk terus memberikan saingan di penghujung permainan. Ini yang membolehkan Perak mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Sabah pada perlawanan malam ini.

Tidak banyak yang dapat diperkatakan mengenai aksi pada keseluruhan babak pertama walaupun Perak lebih mendominasi permainan.


Gerakan yang cuba dirangka anak buah Mehmed Durakovic itu juga kelihatan mudah dipatahkan jentera pertahanan Sabah.

Manakala skuad Tambadau pula lebih memfokuskan pada serangan balas pantas dan ‘setpiece’ bagi mengancam kubu Perak.

Walaupun tidak banyak gerakan berbahaya dapat dicipta tetapi Careca hampir meletakkan Perak dihadapan pada minit ke-22 apabila tandukannya berjaya dikeluarkan di atas garisan gol oleh Evan Wensley Wenceslaus.

Tandukan Ronaldo Henrique Silva hasil hantaran baik daripada Nazirul Naim Che Hashim juga sedikit tersasar.


Keampuhan benteng Sabah akhirnya berjaya ditembusi pada minit ke-45 selepas Brendan Gan meledakkan rembatan separa voli dari luar kawasan penalti yang terus menerjah gawang Sabah.


Memasuki babak kedua, Perak terus menguasai permainan dalam usaha menambah kelebihan jaringan. Usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-51.


Berpunca daripada gerakan cantik pemain pertahanan kanan, Mohamad Idris Ahmad dari sebelah kiri pintu gol Sabah, Careca meledakkan rembatan kaki kiri padu untuk menghadiahkan gol kedua buat tuan rumah.


Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, pemain ‘nakal’ Perak, Leandro Dos Santos Oliveira menambah jaringan ketiga  apabila beliau dengan mudah menolak masuk bola susulan tandukan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi yang ditepis keluar Rozaimie Rohim.


Kemenangan 3-0 itu meletakkan Perak ketika ini di tangga teratas saingan kumpulan C, berkelebihan defisit jaringan berbanding Pahang yang turut mengumpul tiga mata.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date