Skuad Tambadau, Jelius Ating terima pingat TYT Sabah

Kejayaan pasukan Sabah menamatkan kemarau 23 tahun tanpa trofi dengan dinobatkan sebagai juara Liga Perdana 2019 mendapat pengiktirafan daripada TYT dengan penganugerahan pingat kebesaran Bintang Setia Kinabalu (BSK) kepada ketua jurulatih Jelius Ating dan kesemua pemain sempena Hari Jadi Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pada hari ini.
Pemain Tambadau, Jelius terima pingat TYT Sabah

Kesemua pemain skuad Liga Perdana Sabah menerima pingat kebesaran Bintang Setia Kinabalu (BSK) sempena Hari Jadi Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, esok.

Mereka yang menerima pingat bukan hanya pemain-pemain utama, malah kesemua pemain simpanan turut diberi pengiktirafan berkenaan.

Turut menerima pingat ialah ketua jurulatih skuad Tambadau, Jelius Ating, yang dikurniakan pingat Ahli Darjah Kinabalu (ADK).


Pasukan Sabah berjaya menamatkan kemarau 23 tahun tanpa trofi apabila dinobat sebagai juara Liga Perdana musim ini, sekali gus layak untuk beraksi dalam Liga Super musim depan.

Sementara itu, seramai tiga orang menerima darjah kebesaran tertinggi negeri Sabah, Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) dan 68 orang menerima Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK).

Selain itu, seramai 324 orang tersenarai menerima Bintang Kinabalu (BK), 456 orang menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 271 orang menerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK), 210 orang menerima Sijil Kehormat (CH) dan 16 orang menerima Jaksa Pendamai (JP).

Majlis pengurniaan darjah, bintang dan pingat kebesaran akan berlangsung di Istana Negeri, Kota Kinabalu, selepas istiadat perbarisan sempena sambutan Hari Jadi Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah yang diadakan di Padang Merdeka pagi esok..

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.