Laporan Tiga Positif COVID-19 Di Pulau Gaya Berita Palsu

CHRISTINA RUNDI
Laporan Tiga Positif COVID-19 Di Pulau Gaya Berita Palsu

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menafikan artikel tular di laman sesawang tempatan yang menyatakan terdapat tiga kes positif hasil daripada pemeriksaan kesihatan yang dijalankan di Pulau Gaya pada Sabtu hingga Isnin lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr Christina Rundi hari ini memaklumkan perkara itu adalah tidak benar.

Selain itu, Christina berkata, setakat semalam, sebanyak 593 ujian telah dijalankan di mana tujuh ujian positif, enam sampel tersebut merupakan ujian ulangan.


Tambahnya, makmal Hospital Queen Elizabeth juga telah menjalankan sejumlah 102 ujian sejak 30 Mac lalu.

“Seramai 673 orang masih berada di pusat kuarantin dan seramai 68 orang telah dibenarkan pulang pada hari ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kes Covid-19 yang dilaporkan dari Beaufort hari ini tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana masih terdapat sampel yang belum siap diproses.


Katanya, laporan analisa mengesahkan 42.9 peratus daripada jumlah kes di negeri ini adalah berkaitan dengan perhimpunan Itijima Masjid Sri Petaling manakala 49.0% daripada jumlah kes merupakan kontak kes.

“Selebihnya merupakan kes yang mendapati jangkitan dari luar negeri Sabah, antaranya United Kingdom, Vietnam dan Thailand,” katanya.


Christina berkata, sehingga hari ini, 8,128 orang telah diarahkan menjalani perintah kuarantin di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988.

“Daripada jumlah itu, 6,370 orang kontak rapat masih dalam perintah pengawasan dan pemerhatian JKNS manakala 1,758 orang telah tamat tempoh kuarantin di rumah selama 14 hari,” katanya.


Mengenai pemeriksaan premis melalui Operasi Bersepadu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan oleh Unit Inspektorat & Perundangan JKNS bersama Polis Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah memeriksa 414 premis perniagaan.


Daripada jumlah premis yang diperiksa dan hasil operasi 14 premis perniagaan masing-masing 10 kilang, dua bengkel, satu hotel dan satu kedai runcit di daerah Sandakan diarahkan untuk ditutup di bawah Seksyen 18(1)(f) APPPB 1988.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.