2 kes baharu COVID-19 dari daerah Ranau diklasifikasi sebagai kes import dari Sarawak

2 kes baharu dari daerah Ranau diklasifikasi sebagai kes import
COVID-19: 2 kes baharu dari daerah Ranau diklasifikasi sebagai kes import

Kes positif COVID-19 terbaharu bagi daerah Ranau semalam dikategorikan sebagai kes import kerana telah dikesan melalui sampel yang diambil di Pintu Masuk Antarabangsa Kota Kinabalu.

Kes tersebut melibatkan seorang pelajar yang telah menaiki pesawat sewa khas dari Sarawak.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi, pelajar itu telah ditempatkan di Pusat Kuarantin setibanya di Ranau.

Manakala, kes terbaru daerah Lahad Datu dikesan melalui aktiviti pencarian kontak kes positif.

Kes itu telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.

Katanya, siasatan ke atas kedua-dua kes berkenaan masih diteruskan oleh pihak Pejabat Kesihatan.

Sehingga semalam, jumlah keseluruhan kes COVID-19 untuk Negeri Sabah adalah sebanyak 343 kes, dengan penambahan satu kes COVID-19 baru dari daerah Lahad Datu dan satu kes di Ranau.

Setakat 23 Mei 75,679 ujian telah dijalankan di Sabah.


Sementara itu, 33 pesakit masih menerima rawatan termasuk empat pesakit yang dirawat semula sedang dirawat di enam buah hospital berpakar.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.