COVID-19: Sabah catat pertambahan jangkitan 10 kes positif

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon berkata, pertambahan membabitkan 4 kes di Lahad Datu, Semporna (3 kes), Keningau (2 kes) dan Tawau (1 kes).
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Kes Covid-19 Di Sabah Naik Mendadak

10 kes baharu COVID 19 hari ini sah merupakan pelajar yang baru saja balik ke Sabah.

JUMLAH Kes Positif Covid-19 di Sabah hari naik mendadak apabila merekodkan 10 kes baharu walaupun telah mencatatkan tiada kes selama 3 hari berturut-turut.


Daerah yang mencatatkan kenaikan iaitu Lahad Datu (4); Tawau (1); Keningau (2); dan Semporna (3). Sehingga kini, Sabah merekodkan Jumlah 327 Kes Positif dan 290 Kes Sembuh. Seramai 33 orang pesakit masih dirawat di Hospital.


Rata-rata netizen menyalahkan pelajar universiti yang pulang ke kampung halaman masing-masing dan sikap segelintir ibu bapa yang mendesak agar anak-anak mereka tidak ditempatkan di Pusat Kuarantin.



Tidak kurang juga yang menyatakan kebimbangan akan kewujudan satu kluster baru kelak. Beberapa mesej dan gambar tular menunjukkan petugas kesihatan berada di kawasan kampung hari ini dikatakan sedang mengambil pesakit Covid-19 yang didapati positif.

Picture
Petugas KKM dilihat di Jambatan Pulau Bum-Bum Semporna hari ini.

SABAH merekodkan peningkatan 10 kes positif Covid-19 baharu hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Sabah sebanyak 327 kes.


Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon berkata, pertambahan membabitkan empat kes di Lahad Datu, Semporna (tiga kes), Keningau (dua kes) dan Tawau (satu kes).

"Keningau kini mencatatkan kes aktif tertinggi iaitu lapan kes aktif, diikuti Lahad Datu sebanyak lima kes aktif manakala Tawau, Kota Kinabalu dan Semporna masing-masing dengan empat kes aktif.

"Selain itu, terdapat juga pertambahan empat kes pulih hari ini sekali gus menjadikan kumulatif kes pulih sebanyak 290 kes," katanya menerusi laman sosial rasmi Facebook miliknya, malam ini.

Dalam pada itu, Frankie berkata, jumlah korban akibat jangkitan wabak Covid-19 di Sabah kekal empat kes iaitu dua di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Tawau dan Tambunan setakat hari ini.

Katanya, Sabah kini berada di kedudukan keenam mencatatkan kes tertinggi Covid-19 di Malaysia.

"Sementara itu, satu kluster membabitkan tabligh di Tawau berjaya ditamatkan dengan enam jumlah kes direkodkan yang sudah ditamatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini," katanya.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.