Kluster Tabligh Makasar di Sabah diisytiharkan tamat

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.
KKM tamatkan pemantauan dua kluster

Ini menjadikan sebanyak 11 kluster telah tamat setakat ini selepas tiada kes baharu dalam tempoh sekurang-kurangnya 28 hari.

K ementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menamatkan tempoh pemantauan dan pengawasan di dua kluster iaitu Bandar Baru Ibrahim Majid, Johor dan tabligh Makassar di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari di kedua-dua kluster tersebut.

"Pemantauan dan pengawasan kluster Bandar Baru Ibrahim Majid ditamatkan hari ini selepas tiada kes dilaporkan untuk tempoh 28 hari. Kluster ini melibatkan 193 kes manakala jumlah kematian adalah empat orang.


"Begitu juga dengan kluster tabligh Makassar Sabah melibatkan sembilan kes dan tiada kematian," katanya pada sidang media situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat dua lagi kluster yang masih aktif setakat hari ini.


"Kluster tapak pembinaan Kuala Lumpur ada pertambahan satu kes baharu menjadikan jumlah kes 31 kes manakala kluster pengawal keselamatan Cheras ada satu kes menjadikan jumlah kes 25 orang," katanya

Tags

Post a Comment

1 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.