Lelaki Gantung diri lepas jumpa tunang di bangunan Sinsuran

Mayat mangsa diangkat oleh pasukan polis yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Lelaki Bunuh Diri Di Bilik Sewa Bakal Tunang.

SEORANG lelaki yang menziarahi tunangnya ditemui mati dipercayai menggantung diri di tandas bilik sewa di bangunan Sinsuran, Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa berusia 32 tahun dikatakan baru tiba dari Kudat bersama rakannya ke bilik yang disewa tunangnya.

Mangsa dikatakan sempat menjamu selera bersama rakan dan tunangnya sebelum masuk ke bilik air untuk mandi manakala rakannya pulang semula ke Kudat.

Namun, mangsa dikatakan tidak keluar selepas beberapa ketika sebelum disedari tunangnya yang mengetuk pintu.

Wanita itu terpaksa meminta bantuan daripada jiran untuk memeriksa keadaan mangsa di dalam bilik air berkenaan.

Bagaimanapun, mereka terkejut selepas menyedari mangsa menggantung diri di besi tangki air di tandas berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, tunang mangsa bersama jiran memecahkan pintu tandas sebelum memotong tali untuk menurunkan lelaki itu.

Katanya, tunang mangsa terus tampil ke Balai Polis Kota Kinabalu untuk melaporkan kejadian berkenaan.

"Sebaik menerima laporan sepasukan polis dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

"Pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, siasatan di tempat kejadian tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah.

Pasukan polis menjalankan proses sanitasi bagi memastikan tiada sebarang kemungkinan jangkitan Covid-19 daripada mayat mangsa.

Katanya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE1) untuk ujian Covid -19 sebelum proses bedah siasat dijalankan.

"Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.


"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanyaa.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.