Anifah Minta abangnya Musa Aman Bersara

 'Musa, berilah generasi baharu tadbir Sabah' - Anifah Aman
Anifah Minta abangnya Musa Aman Bersara

Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman meminta abangnya, Tan Sri Musa Aman yang juga bekas Ketua Menteri Sabah supaya bersara.

M emetik laporan Astro Awani hari ini, Anifah meminta Musa memberi peluang kepada generasi baharu untuk mentadbir negeri ini.


“Saya fikir beliau telah melakukan yang terbaik untuk Sabah, tetapi saya berpendapat beliau (Musa) perlu bagi laluan kepada orang lain untuk ambil alih.


“Musa adalah abang saya, sudah tentu saya sayangkan dia, tapi politik berbeza di Kuala Lumpur, banyak orang-orang berbeza di sini pun (Datuk) Jefrey Kitingan dan (Tan Sri) Pairin Kitingan.

“Mereka juga berlawan, malah satu kawasan lagi, sebagai seorang rakyat Sabah, saya amat menghargai apa dilakukan Musa, tetapi saya fikir masa sudah berlalu, biar orang baharu mengambil alih,” katanya.


Anifah yang juga bekas Menteri Luar berkata demikian dalam satu sidang media selepas majlis makan tengah hari bersama media anjuran PCS di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Anifah turut mendedahkan ada dihubungi oleh beberapa wakil rakyat yang bertindak keluar parti pemerintah baru-baru ini, namun kesediaan pihaknya menerima mereka belum lagi mencapai kata putus.

“Tidak juga bilang tidak terima, kita kena hormat juga, tapi kita akan nilai,” katanya.

Terdahulu, PCS adalah parti tempatan yang ditubuhkan sejak 2013 dan dijenamakan semula baru-baru ini dengan melantik Anifah sebagai Presiden manakala bekas Presidennya sebelum ini, Datuk Seri Wilfred Bumburing kini sebagai Timbalan Presiden.


Perjuangan parti berkenaan adalah berkait rapat mengenai perihal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan juga isu-isu setempat.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.