RM14 bilion kukuhkan ketenteraan Sabah

Kerajaan Persekutuan mampu pertahan Sabah dari anasir luar
RM14 bilion kukuhkan ketenteraan Sabah secepat mungkin

Sejumlah RM14 bilion diperuntukkan bagi menambah aset, anggota dan membina kem tentera di Sabah dalam masa terdekat.

M enteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bertujuan memperkasa dan memperkukuhkan keselamatan Sabah.


Menurutnya, fokus turut diberikan kepada pantai timur Sabah.

"Kita akan menambahkan dari segi keanggotaan kita dan juga aset ketenteraan kita, juga dari segi penambahan beberapa kem baru, yang melibatkan artileri dan sebagainya.

"Tujuan kita adalah untuk memperkasa dan memperkukuhkan kekuatan ketenteraan kita di Sabah.




"Kita juga memberi fokus kepada pantai timur Sabah ini kerana kita lihat pantai timur merupakan kawasan yang agak sensitif dan perlu dipertahankan.

"Saya ingin beri jaminan kepada rakyat di Sabah bahawa kekuatan kita mampu untuk mempertahankan bumi Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Kem Sri Kinabatangan, di sini, pada Jumaat.

Menurutnya, antara yang akan dibina adalah sembilan batalion dan empat regimen artileri.


 

"Secara keseluruhan, sebuah briged infantri, tiga buah batalion infantri, sebuah rejimen armor, tiga buah rejimen artileri, serta satu skuadron pasukan udara akan ditubuhkan bagi memperkuat dan mempertahankan Sabah daripada sebarang ancaman," jelas Ismail Sabri.


Post a Comment

Previous Post Next Post