Sabah lapor 288 kes baharu dan 372 kes sembuh.
B ilangan kes baru positif COVID-19 di Sabah dilihat semakin terkawal apabila hanya 288 kes baru dicatatkan, hari ini.
Jumlah kes baharu dilaporkan di Sabah menunjukkan keberkesanan tindakan kawalan dan pencegahan penyakit yang dijalankan secara agresif sejak berlaku peningkatan kes di sana.
Ini adalah hari ke-4 berturut-turut kes baharu di Sabah menunjukkan penurunan berbanding hari sebelumnya.
13 Nov - 556 kes baharu
14 Nov - 391 kes baharu
15 Nov - 381 kes baharu
16 Nov - 288 kes baharu
Kota Marudu turun ke zon kuning selepas hanya 20 kes dilaporkan masih aktif di daerah tersebut.
Lembah Klang pula terus mencatatkan peningkatan apabila 392 kes dikesan di Kuala Lumpur manakala 151 lagi di Selangor.
Secara keseluruhan, 1,103 kes baru dilaporkan di seluruh negara dengan empat kematian terbaru dan 821 kes sembuh.
Post a Comment