Lelaki Berusia 130 Tahun Antara Mangsa Terkorban Kes Jangkitan di Taman Telipok Ria

Talib Omar bersama anaknya, Kimri. - Foto ihsan Kimri Talib

Lelaki Berusia 130 Tahun Antara Mangsa Terkorban Kes Jangkitan

'Ya, bapa saya berusia 130 tahun'

A nak perempuan kepada seorang lelaki warga asing yang meninggal dunia akibat COVID-19 di Sabah, mengesahkan bapanya itu berusia 130 tahun seperti dilaporkan media, semalam.

 

Usia mangsa, Talib Omar yang begitu lanjut menimbulkan persoalan orang ramai sama ada berlaku kesilapan dalam laporan terbabit.

Malah berdasarkan Guinness World Records, individu tertua direkodkan pernah hidup ialah Jeanne Louise Calment yang meninggal dunia ketika berusia 122 tahun 165 hari pada 1997.

"Ya. Beliau berusia 130 tahun berdasarkan dokumen yang dimiliki. Bapa masih sihat dan sempat menziarahi saya di Kota Kinabalu pada Hari Raya lalu.

"Namun, bapa bukan meninggal dunia semalam seperti yang dilaporkan, sebaliknya pada 3 November lalu ketika saya melawat beliau di Taman Telipok Ria, di sini," kata Kimri.

Kimri yang juga anak ketiga daripada lima beradik, memaklumkan bahawa Talib menetap bersama saudara lain kerana beliau bekerja di ibu negeri.

Beliau berkata, bapanya tiada menunjukkan sebarang gejala berkaitan COVID-19 sebelum itu.

Pada hari Talib meninggal dunia, Kimri berkata, beliau terdahulu membantu bapanya untuk duduk dan minum susu.

"Tidak lama selepas itu, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika sedang duduk. Kami melaporkan kematian itu kepada polis.

"Selepas keputusan ujian calitan diperoleh, barulah kami mendapat tahu bahawa bapa dijangkiti COVID-19," katanya.



Taman Telipok Ria yang dihuni kira-kira 18,000 penduduk kini berada bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.