3 anggota bomba direnjat elektrik dalam kebakaran di Kampung Meruntum Lok Kawi, Putatan

Kickbola.net PENDUDUK kampung turut membantu pasukan bomba memadamkan kebakaran.

3 anggota bomba direnjat elektrik dalam kebakaran di kampung Sabah

Tiga anggota bomba direnjat elektrik ketika menyertai operasi memadam kebakaran membabitkan kira-kira 30 rumah di Kampung Meruntun, Lok Kawi, Putatan, dekat sini.

P
engarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Md Ali Ismail berkata, tiga anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu itu berada bawah pemerhatian, tetapi dalam keadaan stabil di hospital.

Beliau berkata, panggilan kecemasan diterima pada 5.40 petang hari ini, dengan beberapa jentera dari Balai Bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas dikerahkan ke tempat kejadian.


Kepulan asap tebal boleh dilihat dari pusat bandar Kota Kinabalu, kira-kira 15km dari Putatan.

“Ketika ini, usaha mengawal kebakaran masih dijalankan,” katanya, sambil menambah, tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Jeremy Renner
Sebahagian daripada rumah yang dijilat api.
Ali berkata, unit kebakaran dari kem tentera Lok Kawi berdekatan turut membantu usaha memadam kebakaran itu.

Post a Comment

0 Comments