Remaja cuba nasib pos bungkusan syabu ke Sabah

Kickbola.netANBALAGAN menunjukkan dadah yang berjaya dirampas. FOTO Zulfadli Zulkifli.

Remaja cuba nasib 'pos' syabu ke Sabah

Serdang: Bungkus dadah syabu seberat 20 kilogram dalam serbuk teh cina sebelum di hantar menggunakan kurier.

I
tu dilakukan remaja lelaki berusia 18 tahun yang mencuba nasib untuk mengirim dadah bernilai RM720,000 ke Kota Kinabalu, Sabah.

Bagaimanapun, tindakan remaja berkenaan berjaya dihidu pihak polis selepas menyerbu syarikat penghantaran di Bandar Puteri Puchong, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, suspek yang juga seorang penganggur dipercayai ditugaskan sindiket pengedaran dadah untuk mengirim satu kotak mengandungi 20 ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu.


"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua helai t-shirt putih pada bahagian atas kotak dan di bawahnya terdapat 20 bungkusan bertulis 'Da Guan Yin' yang mengandungi ketulan kristal dadah syabu yang dianggarkan berat keseluruhan berjumlah 20.4 kg.

"Hasil soal siasat juga mendapati suspek berperanan untuk menghantar barang parcel (bungkusan) ke destinasi yang diarahkan melalui kurier ke destinasi yang menjadi sasaran pengedaran dadah berkenaan iaitu Kota Kinabalu, Sabah," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga turut bekerjasama dengan polis Sabah dalam mengesan suspek yang juga penerima kiriman berkenaan namun alamat yang diberikan didapati tidak wujud.


"Ini juga satu daripada taktik sindiket pengedaran dadah yang tidak akan memberikan alamat penerimaan yang tepat bagi mengelak dikesan pihak polis sekiranya proses pengiriman gagal.

"Namun mereka (penerima) akan memberikan alamat yang tepat apabila syarikat kurier menghubungi mereka kembali dan dalam kes ini penerima mungkin sudah mengetahui bekalan dadah mereka sudah dirampas," katanya.

Menurutnya, pada masa ini remaja terbabit ditahan reman selama tujuh hari sehingga esok.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39 B, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung.


"Saya menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya sekiranya ditawarkan untuk membuat kiriman barang tanpa diketahui apakah sebenarnya benda yang dibawa," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post