ADUN Sungai Manila terlibat kemalangan di Batu 26, Sandakan

Kickbola.net Terbabas:Kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki Mokran Ingkat bersama rakannya hilang kawalan dan terbabas

ADUN Sungai Manila terlibat kemalangan di Batu 26, Sandakan

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Libaran terbabit kemalangan di Batu 26, Jalan Sandakan ke Kota Kinabalu, pada Isnin

D
alam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Mokran Ingkat bersama seorang rakannya serta pemandunya dilaporkan selamat.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, sebelum kejadian mereka dalam perjalanan menaiki sebuah kenderaa jenis Toyota Land Cruiser.

Menurutnya, hasil siasatan pihak polis sewaktu kejadian kenderaan yang dipandu oleh pemandunya bergerak dari arah Sandakan ke Kota Kinabalu.

"Sebaik tiba di lokasi kemalangan dalam keadaan cuaca hujan lebat telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan terbalik.


"Walau bagaimanapun, Mokran, pemandu dan rakannya yang berada dalam kenderaan hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, pada Selasa.

Keadaan kenderaan yang dinaiki Mokran Ingkat selepas terlibat kemalangan pada petang Isnin. - Sumber foto PDRM


Menurutnya, semua mereka kemudian dibawa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut.


Jelasnya, siasatan diteruskan mengikut Rule 10LN 166/59.

Post a Comment

Previous Post Next Post