1,066 kes COVID-19 baharu, Rekod jumlah tertinggi tahun ini!

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun



KOTA KINABALU: Sabah hari ini merekodkan sejumlah 1,066 kes COVID-19 baharu dengan daerah ini mencatatkan kes tertinggi berbanding kawasan lain.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah keseluruhan kes baharu itu adalah yang paling tinggi dalam tahun ini.

"Seperti biasa, sarıngan kontak rapat merupakan penyumbang paling tinggi iaitu 640 kes (60 peratus) di mana daerah Kota Kinabalu mencatatkan jumlah saringan kontak paling tinggi yakni 125 kes.

"Ini diikuti oleh saringan bergejala yang mencatatkan 157 kes (14.7 peratus). Kluster sedia ada pula menambah 141 kes (13.2 peratus), manakala sarıngan bersasar merekodkan 19 kes (2.6 peratus)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, terdapat dua kluster baharu dilaporkan hari ini yang menyumbang jumlah 16 kes yakni Kluster Batu 2, Tawau dan Kluster Jalan Gunsapau, Ranau.



Katanya, Kota Kinabalu merekodkan 206 kes, Tawau 171 kes, Beaufort 87 kes, Penampang 82 kes, Tuaran 79 kes dan Keningau 77 kes.

"Beluran 64 kes, Sipitang 43 kes, Sandakan 42 kes, Kalabakan 36 kes, Tenom 28 kes, Kota Belud 23 kes, Putatan 20 kes, Ranau 19 kes dan Papar 17 kes.

"Tongod 16 kes, Kudat 15 kes, Kunak 11 kes, Kinabatangan sembilan kes, Lahad Datu tujuh kes, Kota Marudu dan Kuala Penyu masing-masing lima kes, Semporna tiga kes dan Tambunan satu kes," katanya.

Sementara itu, Telupid, Nabawan dan Pitas tidak merekodkan sebarang kes.

Sementara itu katanya, pada 29 Julai 2021, Sabah keseluruhan hanya mencatatkan 776 kes berbanding semalam yang dilihat melonjak tinggi.


Katanya, pada 29 Julai 2021, terdapat juga satu kluster di Batu Keramat Tawau yang tercetus ekoran sambutan Aidiladha.


"Kes indeks adalah lelaki, 77, disahkan positif COVID-19 hasil saringan bergejala di Hospital Tawau pada 24 Julai 2021.


"Saringan kontak rapat kemudiannya mengesan lima lagi kes positif dalam kalangan ahli keluarga. Kes hasil saringan pengiring yang disahkan positif pada 26 Julai 2021 di Hospital Tawau mempunyai kaitan epidemiologi (epid link) dengan kes indeks," katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.