61 individu ditahan curi elektrik di setinggan Kampung Bawang, Kolombong

Seramai 61 individu ditahan selepas disyaki mencuri bekalan elektrik di kawasan setinggan Kampung Bawang, Kolombong. - Foto: Ihsan PDRM



KOTA KINABALU – Seramai 61 individu ditahan selepas disyaki mencuri bekalan elektrik dalam Ops Bersepadu di kawasan setinggan Kampung Bawang, Kolombong semalam.

Dalam operasi bermula pukul 5 pagi sehingga 11 pagi itu, turut diberkas tiga lelaki dipercayai dalang kes curi elektrik disekitar kawasan berkenaan.

Semua yang ditahan membabitkan 39 lelaki dan 22 wanita berusia antara 16 hingga 60 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Zaidi Abdullah berkata, operasi dilaksanakan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

“Kita turut merampas kabel elektrik pelbagai jenis dianggarkan seberat 30 kilogram yang digunakan untuk menyambung serta mencuri arus elektrik.

“3 lelaki yang disyaki menjadi dalang kepada penyambungan elektrik secara haram itu juga diberkas dalam operasi sama.

“Ketiga-tiga suspek terbabit dipercayai mengenakan sejumlah bayaran kepada mereka yang ingin membuat penyambungan baharu serta penyambungan semula ketika bekalan elektrik dipotong oleh SESB,” katanya ketika dihubungi.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.