7 lokaliti di Sabah kena PKPD

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKPD di 7 lokaliti di Sabah selama 14 hari bermula Isnin ini.



KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 7 lokaliti di Sabah selama 2 minggu bermula Isnin ini.

Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata

PKPD di Sabah meliputi 5 lokaliti di Kota Kinabalu dan 2 lokaliti di Beaufort.

"5 lokaliti di Kota Kinabalu yang dikenakan PKPD ialah Lorong Kuala Laut, Likas; Kampung Warisan; Kampung Darau, Menggatal; Kampung Rakyat Baru dan kuarters pekerja Imbas Jaya, Jalan Kionsom.

"PKPD di Beaufort pula membabitkan Kampung Melulugus dan Lorong 3, Kampung Klias Baru," katanya dalam kenyataan hari ini.


Hishammuddin berkata, tempoh PKPD 5 lokaliti di Kota Kinabalu dilaksanakan mulai Isnin hingga 14 Ogos depan, manakala tempoh PKPD di 2 lokaliti di Beaufort pula dilaksanakan bermula Isnin ini hingga 15 Ogos depan.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.


Sementara itu, Hishammuddin berkata, kerajaan hari ini turut memutuskan untuk melanjutkan tempoh PKPD di Kampung Tinusa 2, Sandakan, Sabah yang sepatutnya tamat esok.

"Tempoh PKPD di lokaliti itu akan disambung dua minggu lagi bermula Isnin ini hingga 15 Ogos depan.


"Perlanjutan PKPD diputuskan selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post