741 kes dan 4 kluster baharu di Sabah

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun



KOTA KINABALU: Sebanyak 741 kes COVID-19 bersama empat kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi sebanyak 149 kes, diikuti Tawau 87 kes dan Tuaran 77 kes.

Katanya, daerah Beaufort merekodkan sebanyak 60 kes, manakala Penampang 49 kes, Kudat 42 kes, Kinabatangan 37 kes, dan Papar 34 kes.

Menurutnya, Keningau dan Sipitang masing-masing 33 kes, diikuti Sandakan dan Ranau masing-masing 23 kes, Tongod 20 kes, Putatan 17 kes, dan Kota Marudu, Tambunan, serta Tenom masing-masing lapan kes.




"Daerah Lahad Datu merekodkan tujuh kes, Telupid dan Beluran masing-masing lima kes, manakala Semporna dan Kalabakan kedua-duanya empat kes, diikuti Kota Belud dan Kuala Penyu masing-masing tiga kes, serta Kunak hanya dua kes.

"Dua daerah iaitu Nabawan dan Pitas tidak merekodkan sebarang kes," katanya dalam kenyataan di sini.


Beliau berkata, empat kluster baharu yang direkodkan termasuklah Kluster Jalan Penampang, Kluster InderaSabah Tawau, Kluster Jeti Kudat, dan Kluster Industri Kelombong (Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang).

Seperti biasa jelasnya, sarıngan kontak rapat penyumbang paling tinggi iaitu 379 kes (51.2 peratus) dan saringan bergejala pula mencatatkan 129 kes (17.4 peratus).


Katanya, kluster sedia ada menambah 101 kes (13.6 peratus) manakala sarıngan bersasar merekodkan 19 kes (2.6 peratus).

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.