776 kes, 3 kluster baharu di Tawau

Tawau



KOTA KINABALU: Sebanyak 776 kes baharu COVID-19 direkodkan di Sabah hari ini dengan tiga kluster baharu semuanya dikesan di Tawau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam kenyataannya berkata, Kota Kinabalu merekodkan jumlah kes tertinggi sebanyak 214 kes diikuti Sandakan 86 kes dan Tawau 75 kes.

Katanya, tiga kluster baharu yang dikesan di Tawau membabitkan Kluster Lahat-Lahat (komuniti), Kluster Batu Keramat (komuniti) dan Kluster Unipark (tempat kerja).

"Sebanyak 56.7 peratus iaitu 439 kes baharu dikesan dari kontak rapat, 20 peratus (153 kes) hasil saringan bergejala manakala 9.5 peratus iaitu 74 kes dikesan dari kluster.

"Sipitang menjadi satu-satunya daerah di negeri ini yang tidak merekodkan sebarang kes baharu COVID-19 hari ini," katanya.

Beliau berkata, Penampang merekodkan sebanyak 61 kes, Tuaran 58 kes, Papar 55 kes, Keningau 37 kes, Kinabatangan 26 kes, Beaufort 24 kes, Tenom 16 kes, Putatan 15, dan Kudat serta Kota Marudu masing-masing 14 kes.

Menurutnya, daerah Ranau mencatatkan 13 kes, Kota Belud 12 kes, Kalabakan 10 kes, Tongod sembilan kes, Lahad Datu lapan kes, Kuala Penyu 7 kes, manakala Semporna dan Beluran kedua-duanya enam kes, dan Telupid empat kes.

Katanya, Kunak dan Nabawan masing-masing dua kes diikuti Tambunan dan Pitas kedua-duanya satu kes.

Post a Comment

Previous Post Next Post