Aktiviti remaja melepak cetus kluster baharu di Keningau

Kickbola.net Aktiviti remaja berpeleseran cetus kluster baharu di Keningau



KOTA KINABALU: Perbuatan golongan remaja melepak di kampung dikesan sebagai punca wujud kluster baharu iaitu Kluster Jambatan Liawan di Keningau, Sabah.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata kluster itu membabitkan jangkitan dalam komuniti di Mukim Tuarid Taud dan Lingkudau.

"Kes indeks lelaki berusia 26 tahun dikesan positif COVID-19 dalam saringan bergejala pada 14 Julai lalu di sebuah klinik swasta di Keningau.

"Saringan kontak rapat pada 15 Julai pula mendapati enam kes positif iaitu satu kes di klinik swasta dan lima kes yang dilaporkan daripada Pusat Kuarantin Sementara, IPG Keningau.


"Kemudian, pada 16 Julai, 38 lagi kes positif dikesan hasil saringan kontak rapat di lapangan," katanya dalam kenyataan, semalam.

Mengulas lebih lanjut, Masidi berkata, secara keseluruhannya, daripada 256 kontak yang disaring, jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini 45 kes, termasuk 38 kes baharu.


"Penularan jangkitan kluster ini juga disyaki berpunca daripada pergaulan golongan remaja di kampung dan kemudian merebak kepada ahli keluarga.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri berkata, jumlah kes harian COVID-19 semalam mencatatkan kes sebanyak tiga angka.


Katanya, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan negeri, jumlah kes positif baharu COVID-19 semalam adalah 647 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 74,479 kes dan satu kes kematian membabitkan Lahad Datu.

Post a Comment

Previous Post Next Post