Pemandu rempuh SJR PKPD Taman Likas Jaya diburu

Kawat berduri yang dilanggar oleh pemandu Perodua Alza itu di Taman Likas Jaya.



PETALING JAYA: Seorang pemandu Perodua Alza berwarna putih yang merempuh sekatan jalan raya (SJR) pos kawalan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Taman Teluk Likas, Kota Kinabalu, Sabah semalam, kini sedang diburu polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Mohd Zaidi Abdullah berkata, dalam kejadian 11.33 pagi itu siasatan awal mendapati kenderaan terbabit berhenti di Pos Kawalan PKPD Taman Teluk Likas.

Beliau berkata, kejadian itu yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah rumah berhampiran turut tular di media sosial.

Zaidi berkata, bagaimanapun ketika anggota bertugas cuba mendekati bagi tujuan pemeriksaan lanjut, pemandu kenderaan terbabit tiba-tiba mengundurkan kereta sehingga terlanggar Perodua Myvi di belakang.

“Pemandu kemudian bergerak ke depan dan melanggar penghadang jalan dan kawat berduri sebelum memecut ke arah Jalan Kuala Laut. Dalam kejadian itu, semua petugas termasuk pemandu Perodua Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya menurut laporan Harian Metro.


Polis kini sedang mengesan pemandu Perodua Alza berwarna putih yang merempuh SJR pos kawalan PKPD di Taman Teluk Likas, Kota Kinabalu, Sabah semalam. (Gambar Facebook)
Tambah beliau, usaha memburu kenderaan berkenaan sedang giat dijalankan dan pengesanan juga dilakukan melalui SJR Op Covid-19.


“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 26 (2) Akta Polis 1967 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.