Sabah catat 1,247 kes dengan 141 lokaliti di bawah PKPD |
Sebanyak 141 lokaliti di Sabah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) setakat hari ini (9 Ogos), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.
Beliau berkata daerah Kota Kinabalu merekodkan 24 lokaliti PKPD diikuti Penampang (18); Tawau (17); Keningau (14); Tuaran (11); Beaufort (sembilan); Sandakan (lapan); Sipitang (tujuh); Kudat (lima); Kinabatangan (empat); Papar, Kota Belud, Kunak, Putatan, Ranau, dan Tenom masing-masing tiga; Kota Marudu dan Telupid (dua); serta Tongod dan Beluran masing-masing (satu).
“Dua lokaliti lagi iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Balung dan PPR Taman Sri Titingan di Tawau juga akan diletakkan di bawah PKPD bermula 11 hingga 24 Ogos.
“Selain itu Kem 2 Tolokoson di Tenom, Kampung Kota Tuaran, Tuaran dan Kampung Sarikan, Nabawan juga diletakkan di bawah PKPD pada Rabu ini selepas penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di kawasan itu oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Masidi yang juga jurucakap COVID-19 negeri berkata daerah Nabawan bertukar dari zon jingga ke zon merah menjadikan semua 27 daerah di negeri itu berada di zon merah.
PKPD di Penampang |
Post a Comment