SOP kapasiti dalam kenderaan perlu dikaji semula

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh



TAWAU: Prosedur Operasi Standard (SOP) yang menetapkan hanya dua orang berada dalam satu kenderaan untuk merentas daerah tidak relevan dan perlu dikaji semula.

Mantan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata kerajaan perlu menambah kapasiti itu sekurang-kurangnya tiga orang kerana perjalanan rentas daerah agak jauh.

Menurutnya, baru-baru ini beliau dan isterinya cuba mendapatkan kebenaran untuk ke Kota Kinabalu atas urusan penting.

“Keadaan kesihatan saya dan isteri tidak begitu baik menyebabkan kami terpaksa menggunakan khidmat pemandu peribadi untuk perjalanan ke Kota Kinabalu.

“Bagaimanapun, polis menyatakan bahawa surat kebenaran rentas daerah hanya diberikan untuk saya dan pemandu peribadi sahaja,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini semalam.

Beliau berkata, SOP ini memang tidak relevan sama sekali dan perlunya dikaji semula bagi memudahkan rakyat terutamanya yang menghadapi masalah kesihatan.

“Saya berharap Ketua Menteri Sabah dan Pesuruhjaya Polis Sabah perlu melihat keperluan kapasiti lebih dua orang dalam kenderaan bagi mereka yang mahu merentas daerah.

“SOP di Sabah perlu bersesuaian dengan keadaan di negeri ini agar tidak membebankan dan jangan terlalu terikut-ikut dengan peraturan di semenanjung,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post