5 lokaliti di Sabah diarah PKPD mulai 6 Ogos

Pelaksanaan PKPD bermula 5 Ogos hingga 18 Ogos di Sabah:



PETALING JAYA: Sebanyak 5 lokaliti di Sabah diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 6 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Hishammuddin Hussein dalam kenyataan hari ini, memaklumkan berkenaan lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD.

Pelaksanaan PKPD di Sabah bermula 5 hingga 18 Ogos adalah seperti berikut:

2 lokaliti di Daerah Kunak, iaitu di Perumahan Ladang Mostyn dan Kampung Kasnuri

Kampung Kuala Mengalong, Sipitang, Sabah

2 lokaliti di Kota Kinabalu, iaitu di Kampung Tanjung Aru Lama dan Universiti Apartment 1

Penamatan PKPD pada 5 Ogos

Kondominium One Borneo, Kota Kinabalu

Kampung Istimewa, Batu Sapi, Sandakan

Taman Merpati, Sandakan


Mengenai perkembangan Operasi Pematuhan, Hishammuddin berkata, semalam sebanyak 248 kompaun dikeluarkan atas kesalahan ingkar SOP, manakala 25 individu lagi direman.

Katanya, 41 premis membabitkan kilang, tapak perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.

Tambahnya, seramai 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan tiga kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.