Mayat bayi lelaki ditemui di tangga bangunan Bundusan Commercial Centre, Penampang

Mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di bangunan Bundusan Commercial Centre, Jalan Bundusan, Penampang, hari ini.



PENAMPANG: Mayat bayi lelaki ditemui di tangga premis perniagaan di Jalan Bundusan, di sini, tengah hari tadi.

Bayi baru dilahirkan itu ditemui orang awam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menerima makluman penemuan bayi terbabit pada jam 1.10 tengah hari.

Beliau berkata, bayi lelaki terbabit diletakkan di dalam beg plastik dan pasukan perubatan di tempat kejadian mengesahkan bayi terbabit baru dilahirkan dan sudah enam jam meninggal dunia.

"Mayat bayi terbabit dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.


Mayat bayi terbabit dihantar ke Hospital Queen Elizabeth. - Foto Polis
"Polis enampang membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Haris berkata, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Penampang di talian 088-723961.

"Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang, Inspektor Azerina Ali Omar di talian, 014-653 5238," katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.