9 lokaliti di Sabah kena PKPD mulai 15 Ogos

9 Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD Mulai 15 Ogos




KOTA KINABALU: Sebanyak 9 lagi lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 15 Ogos hingga 28 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Hishammuddin Hussein berkata, 9 lokaliti dikenakan PKPD itu susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pelaksanaan PKPD di 9 lokaliti di Sabah bermula 15 Ogos hingga 28 Ogos adalah seperti berikut:

3 lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Kampung Pulutan, Manggatal; Kg. Mansiang, Menggatal dan Tapak Bina Hyatt Centric;

2 lokaliti di Beaufort iaitu Kg. Brunei, Membakut dan Rumah Kongsi Tapak Bina Prima, Lumat.

Kg. Rancangan Kalabakan, Kalabakan;

Kampung Mangaris 2, Kota Marudu;

Kampung Contoh, Putatan;

Lorong Mat Salleh Bt.2, Jalan Apas, Tawau


Pelanjutan PKPD 15 hingga 28 Ogos

Kampung Siansai Dundau, Kota Belud;

Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, Tawau;

Kampung Sembulan Tengah & Lama, Kota Kinabalu dan

Kampung Tempasuk 1, Kota Belud

Penamatan PKPD 14 Ogos

5 lokaliti di Tawau, Sabah iaitu Bandar Sabindo, Kampung Rancangan Sungai Tongkang, Taman Kukusan, Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman, Jalan Apas, Taman Berjaya

5 lokaliti di Keningau iaitu Kampung Bariawa Laut, Kampung Baitah, Kampung Panagatan Ulu, Kampung Kota Ayangan, Rumah Kongsi Jutaya Lingkudau.

3 lokaliti di Kudat iaitu Kampung Seri Aman, Taman Orkid dan Kampung Damaran Banggi.

3 lokaliti di Sandakan iaitu Kampung Lupak Meluas Darat, Kampung Sundang Laut dan Flat Taman Sejati termasuk

Taman Sempelang, Kota Kinabalu;

Kampung Tengah Padang, Putatan

Kampung Babagon, Penampang.


Post a Comment

Previous Post Next Post