Jenazah Allayarham Tun Sakaran Selamat Dikebumikan Di Makam Pahlawan, Masjid Negeri Sabah

Jenazah Tun Sakaran disemadikan pada sekitar 11.45 pagi, mengikut prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)






KOTA KINABALU: Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, di Masjid Negeri, Kota Kinabalu, pagi tadi.

Jenazah Tun Sakaran disemadikan pada sekitar 11.45 pagi, mengikut prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Turut hadir dalam upacara pengebumian pagi ini ialah Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya; dan Bekas Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal.

Allahyarham yang juga bekas Ketua Menteri Sabah dilapor meninggal dunia sekitar jam 6 pagi tadi dan perkara itu disahkan oleh anaknya, Datuk Seri Nasir Sakaran.

Terdahulu, Sakaran, 91 tahun, dilaporkan telah dimasukkan ke Hospital Gleneagle Kota Kinabalu sejak 18 Ogos lalu selepas dijangkiti COVID-19.

Picture
Makam Pahlawan, di Masjid Negeri, Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, keadaan beliau dikatakan mula menunjukkan perkembangan positif selepas itu sebelum dilaporkan meninggal dunia pagi ini.

Sakaran, yang berasal dari Semporna, telah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-8 bermula 1 Januari 1995 hingga 31 Disember 2002.

Picture
Beliau sebelum itu pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke-8 pada 1994.
Picture
JENAZAH Allahyarham Tun Sakaran ketika dibawa masuk ke Makam Pahlawan, Masjid Negeri Sabah hari ini



Picture
Jenazah Tun Sakaran selamat dikebumikan di Makam Pahlawan hari ini. Foto: IVAN AMIRUL

Semalam, rakyat Sabah turut dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin yang dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19. – AWANI

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.