Kakak lemas selamatkan adik

LEMAS: Mayat mangsa ditemukan penduduk kampung selepas dilaporkan lemas di Sungai Moyog Penampang. Gambar sumber WhatsApp

Remaja ditemukan lemas selepas cuba selamatkan adik



PENAMPANG: Seorang remaja perempuan yang cuba menyelamatkan adik bongsunya ditemukan meninggal dunia dipercayai lemas di Sungai Moyog Kampung Kambau dekat sini.

Mangsa yang berumur 16 tahun itu ditemukan oleh penduduk kampung kira-kira jam 11 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, sebelum kejadian mangsa bersama tiga lagi adiknya mandi di sungai berkenaan kira-kira jam 9 pagi.

Menurutnya, kejadian bermula apabila mangsa cuba untuk menyelamatkan adik bongsunya yang tiba-tiba hanyut dibawa arus.

"Namun selepas adiknya berjaya diselamatkan, mangsa dilihat tenggelam dan dikhuatiri lemas.


Remaja ditemukan lemas selepas cuba selamatkan adik
"Adik mangsa segera pulang ke rumah dan memaklumkan kepada ibu bapa mereka mengenai kejadian itu.

"Hasil bantuan penduduk setempat, mangsa akhirnya ditemukan tidak jauh dari tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.