Lelaki Mengamuk Rosakkan Harta Awam Majlis Daerah Kuala Penyu

Suspek (kanan) yang bertindak memecahkan pasu bunga dan perhiasan lanskap milik Majlis Daerah Kuala Penyu ditahan selepas dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.



BEAUFORT: Penjawat awam yang disyaki berada di bawah pengaruh dadah bukan saja mengamuk malah bertindak memecahkan harta benda milik Majlis Daerah Kuala Penyu, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, suspek berusia 50 tahun terbabit dikatakan memecahkan pasu bunga dan merosakkan perhiasan landskap menggunakan besi serta kayu.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah jenis syabu.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian daripada abang suspek sebelum usaha mengesan lelaki itu dilakukan.

“Suspek ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Batu 3, Kuala Penyu, di sini, jam 3.30 petang, hari yang sama,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yusoff Zaki berkata, ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek disahkan positif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ),” katanya. – HMetro

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.