Gambar yang tular menunjukkan banyak kenderaan dipercayai keluar dari salah sebuah kawasan PKPD di Kota Kinabalu |
Tindakan tegas individu lari dari kawasan PKPD: Polis Sabah
Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) termasuk melarikan diri dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan berkata, orang ramai yang berada di lokaliti PKPD harus mematuhi SOP yang ditetapkan dalam usaha kerajaan melandaikan kes Covid-19 di negeri ini.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap orang ramai tidak keluar melarikan diri dari kawasan yang dikenakan PKPD.
"Ini bagi mengelak daripada tersebarnya wabak ke kawasan lain dan seterusnya akan menyebabkan lokaliti PKPD bertambah dari hari ke hari," katanya kepada pemberita selepas hadir Program Op Bantu Fasa 3 peringkat IPD Kota Belud pada Selasa.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas berhubung tular satu gambar yang didakwa keadaan orang ramai keluar dari salah sebuah penempatan PKPD di Kota Kinabalu baru-baru ini.
kawasan yang dikenakan PKPD lengang dipercayai penduduk sudah melarikan diri dari kawasan terbabit. |
"Jika didapati ada yang melanggar SOP atau arahan di kawasan PKPD, PDRM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas," katanya.
Penduduk diingatkan supaya terus kekal di tempat tinggal masing-masing ketika tempoh PKPD dilaksanakan dan tidak keluar atau melarikan diri dari kawasan berkenaan.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) di kawasan PKPD.
Katanya, langkah berkenaan dilaksanakan adalah usaha kerajaan melandaikan penularan pandemik Covid-19 khususnya di negeri ini.
ISI SINI . |
“Ini bagi mengelak daripada tersebarnya wabak ke kawasan lain dan seterusnya akan menyebabkan lokaliti PKPD bertambah dari hari ke hari,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas hadir Program Op Bantu Fasa 3 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung tular satu gambar yang didakwa keadaan orang ramai keluar dari salah sebuah penempatan PKPD di Kota Kinabalu baru-baru ini.
Hadir sama program berkenaan, Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin.
Mazli berkata, tindakan itu akan menyukarkan pihak kerajaan untuk melandaikan lekuk jangkitan kes Covid-19 di negeri ini.
“Usaha ini untuk membantu kerajaan supaya melandaikan wabak Covid-19.
“Jika didapati ada yang melanggar SOP atau arahan di kawasan PKPD, PDRM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dengan tujuan melandaikan wabak ini,” katanya.
Sementara itu, diminta mengulas berhubung keistimewaan yang diberikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin kepada penerima dos lengkap Covid-19, Mazli turut menasihatkan supaya orang ramai tetap mematuhi SOP yang ditetapkan.
“Walaupun orang ramai telah mendapat dua dos vaksin namun kita nasihatkan supaya terus patuhi SOP kerana wabak ini masih lagi ada ada dan kita perlu berhati-hati kerana ada dua dos lengkap pun tidak bererti kita tidak dijangkiti oleh wabak ini,” katanya.
Post a Comment