Pesakit tidak kritikal tidak perlu ke kecemasan HQE

Susulan peningkatan kes Covid-19 di Sabah, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Queen Elizabeth (HQE) mengeluarkan makluman bahawa hanya pesakit kritikal Covid-19 sahaja akan diterima.



KOTA KINABALU: Susulan peningkatan kes Covid-19 di Sabah, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Queen Elizabeth (HQE) mengeluarkan makluman bahawa hanya pesakit kritikal Covid-19 sahaja akan diterima.

Makluman itu dipaparkan di laman Facebook Unit Promosi Kesihatan JKNS Sabah hari ini.

Dalam makluman itu, pesakit tidak kritikal serta bergejala ringan dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan berdekatan seperti di Klinik Kesihatan Luyang, Inanam, Menggatal, Penampang mahupun Putatan.


Pesakit tidak kritikal tidak perlu ke kecemasan HQE
Sementara itu, pesakit yang memerlukan bantuan kecemasan bukan Covid-19 boleh mendapatkan rawatan di HQE II.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.