Rumah 2 tingkat terbakar, tiada mangsa cedera

TERBAKAR: Rumah 2 tingkat musnah terbakar.



TUARAN: Sebuah keluarga berjaya menyelamatkan diri selepas rumah dua tingkat didiami musnah terbakar di Kampung Dopy Batu 2 di sini awal pagi tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Willafreddie Bangot berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada jam 8.55 pagi.

“Bertindak dengan kejadian, seramai 11 pegawai lain-lain pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran digerakkan ke lokasi sejauh 20 kilometer.

“Semasa tiba pasukan bomba melakukan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera bomba dan api berjaya dikawal jam 9.47 pagi,” katanya.

Menurutnya kebakaran memusnahkan rumah dua tingkat jenis tidak kekal seluas 20X50 kaki persegi.




ISI SINI .
Katanya tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian ini dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Tambahnya operasi keseluruhan ditamatkan jam 10.19 pagi.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.