Yamani Hafez Musa sihat dan baik sahaja – Masidi

Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



KOTA KINABALU: Mesej tular mengenai Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa yang dikatakan sakit teruk kerana wabak Covid-19 tidak benar, menurut Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

“Jelas sekali tidak benar. Beliau sihat dan baik sahaja,” kata Masidi bila ditanya mengenai mesej tular tersebut.


Yamani Hafez Musa juga merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Berikutan itu adik lelakinya Mohammed Hayssam dilaporkan telah meninggal dunia.

"Dengan perasaan yang sangat sedih, kami mengumumkan pemergian Mohammed Hayssam Musa pada 24 Ogos 2021.

Picture
Arwah merupakan anak bongsu lelaki daripada 4 beradik dan abang sulungnya ialah Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez.

"Hayssam meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan. Kami meminta agar semua pihak menghormati privasi keluarga dalam tempoh yang sangat sukar ini.

"Semoga ALLAH merahmati roh dan menempatkan arwah dalam kalangan orang beriman," kata kenyataan itu.


Pemergian anak Musa itu juga tersebar di media sosial berdasarkan ucapan takziah beberapa pihak sebelum disahkan melalui kenyataan media daripada pejabat Musa.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.