3 maut, 3 selamat insiden tanah runtuh di Forest Hill Bundusan, Penampang

MAUT: Lokasi tanah runtuh membabitkan dua individu maut.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



PENAMPANG: Dua maut manakala empat selamat selamat dalam insiden tanah runtuh di Bundusan di sini petang tadi.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Misran Bisara berkata mangsa masing-masing dikenali sebagai Salmah Hamid, 25, dan Rosatima Asbirin, 5 meninggal dunia dalam kejadian jam 3.30 petang.

Katanya empat lagi mangsa terselamat iaitu seorang wanita berumur 22 tahun serta bayi dan kanak-kanak berumur lapan bulan sehingga tiga tahun.


"Kejadian membabitkan enam mangsa akibat tanah runtuh dan mendapati dua mangsa maut di lokasi kejadian selepas disahkan oleh pegawai perubatan

"Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya.

http://beritaup2date.blogspot.com/Keadaan tanah runtuh di Forest Hill, Bundusan hari ini yang mengkorbankan dua nyawa. FOTO IHSAN BOMBA
3 mangsa disahkan maut dalam kejadian tanah runtuh di Forest Hill, dekat sini, hari ini.

Setakat 8.40 malam ini, dua mangsa yang terkorban adalah ibu bersama bayi berusia lapan bulan selain seorang lagi kanak-kanak berumur lima tahun.


Semua mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, tiga lagi mangsa selamat sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth ll (HQEll) untuk menerima rawatan lanjut.

Terdahulu, bomba sebelum ini melaporkan dua individu dikenali sebagai Salmah Hamid, 25, dan Rosatima Asbirin, 5, meninggal dunia di lokasi kejadian.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.