60 Kg Beaufort, Membakut terjejas banjir

Situasi banjir di daerah kecil Membakut setakat jam 12 tengah hari tadi.

Banjir melanda 60 kampung di daerah Beaufort dan Membakut Sabah setelah 2 hari hujan tanpa henti

BEAUFORT – Hujan lebat berterusan sejak kelmarin mengakibatkan sebanyak 45 buah kampung di daerah ini dan 15 kampung di daerah kecil Membakut dilanda banjir.

Ia berikutan limpahan air Sungai Padas dan Sungai Membakut susulan hujan di kawasan hulu sungai.


Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Beaufort, berkata setakat pukul 12 tengah hari tadi, bacaan paras air kedua-dua sungai adalah melebihi paras bahaya iaitu 9.28 meter di Sungai Padas dan 7.41 meter di Sungai Membakut.

“Antara perkampungan terjejas banjir di Beaufort ialah Kamoung Binunuk, Balibata, Simpang Empat, Bakalau, Sungkadan, Melalugus, Batandok Lubak, Melati, Lumatai, Mempagar, Kuarters SESB Beaufort, Kuarters Kereta Api, Kampung Lawa, Lago, Suasa, Kangsa, Berumbai, Bangkalalak, Batu 60, Batu 58, Jempangah, Kitalabak Lumatai, Luagan Sanginan dan Laboi.


“Dalam pada itu, kawasan dilanda banjir dalam daerah kecil Membakut antaranya Kampung Bambangan, Sinoko, Sindok, Baitam Ulu, Baitam Laut, Baitam Baru, Jambatan Baru, Lumantak, Papas, Lampijas, Kayai, Dungau, Brunei dan pekan lama Membakut,” katanya.
Situasi banjir di daerah kecil Membakut setakat jam 12 tengah hari tadi. - Foto IHSAN APM
Jelas beliau, sebanyak 11 laluan di Beaufort juga ditenggelami air sehingga ada antaranya tidak dapat dilalui kenderaan seperti Jalan Binunuk, Jalan Balibata, Jalan Simpabg Empat, Jalan Melalugus, Jalan Batandok Lubak, Jalan Lawa, Jalan Suasa, Jalan Bangkalalak, Jalan Mahkamah, Jalan Luagan Sanginan, Jalan Kangsa, Jalan Berumbai dan Jalan Batu 60.


“Sementara itu, sebanyak 13 laluan dikenal pasti ditenggelami banjir di Membakut setakat ini iaitu Jalan Bambangan, Jalan Sinoko, Jalan Simpang Kampung Poring, Jalan Baitam, Jalan Baitam Ulu, Jalan Baitam Laut, Jalan Baitam Baru, Jalan Pekan Lama, Jalan Jambatan Baru, Jalan Kayai, Jalan Lampijas, Jalan Papas dan Jalan Kampung Brunei,” katanya.

“Bagaimanapun, tiada sebarang pemindahan penduduk dilakukan setakat ini tetapi sebuah pusat pemindahan banjir di Dewan Datuk Mohd Dun Banir, Beaufort sudah bersiap sedia untuk dibuka sekiranya diperlukan. – K! ONLINE

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.