Jalan Penampang-Tambunan Terputus Akibat Tanah Runtuh

http://beritaup2date.blogspot.com/ Jalan berkenaan runtuh akibat hujan lebat berterusan dan kawasan itu kini dikategorikan sebagai berbahaya, kata Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Farhan Sufyan Borhan. – Foto BOMBA

KOTA KINABALU : Akibat hujan lebat berterusan, hubungan jalan raya Penampang-Tambunan terputus susulan tanah runtuh di Kilometer 52.35, berdekatan Air Terjun Masakob, pada jam 7 malam tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Farhan Sufyan Borhan, berkata laluan sepanjang hampir 30m itu tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.


“Jalan berkenaan dipercayai runtuh akibat hujan lebat berterusan dan kawasan itu kini dikategorikan sebagai berbahaya,” katanya dipetik Bernama.

Katanya, tiada mangsa terbabit atau kerosakan kenderaan dilaporkan akibat kejadian itu.

Bagaimanapun, katanya penduduk terjejas boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Ranau ke Tambunan atau melalui Jalan Kimanis ke Keningau.


“Pemantauan situasi di kawasan kejadian masih dilakukan setakat ini dan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengelak laluan itu sehingga kerja-kerja membaik pulih disiapkan,” katanya. – BERNAMA

SOURCE: BERNAMA

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

2 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. https://madey09.blogspot.com/2021/09/laporan-awalan-bencana.html?showComment=1632097017496#c8757556069290680384

    ReplyDelete
  2. hati-hati ya...semoga segera dibaiki, sementara ikut Jalan Kimanis ke Kota Kinabalu

    ReplyDelete