Pembunuhan Ibu Tunggal: Inspektor polis dihukum mati

Admin
By -
0
Ahmad Rizal Umar: Inspektor polis dihukum mati kerana didapati bersalah membunuh seorang Ibu Tunggal, Kartini Borhan di Keningau 9 Tahun lalu

UPDATED: Bekas Inspektor Polis Bebas Tuduhan Bunuh Ibu Tunggal.

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
AHMAD Rizal (kanan) bersama Ram Singh yang mewakili secara probono. - Foto FOTO Ihsan Pembaca
( 📸 ©bharian.com.my)

Bekas Inspektor Polis Bebas Tuduhan Bunuh Ibu Tunggal.

KOTA KINABALU : 30 Okt Linangan air mata mengiringi detik pembebasan seorang bekas inspektor polis selepas Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini membatalkan sabitan dan hukuman mati terhadapnya berhubung tuduhan membunuh seorang ibu tunggal di Keningau, 14 tahun lalu.

Panel tiga hakim yang diketuai Tan Sri Nallini Pathmanathan, bersama Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan, sebulat suara membenarkan rayuan Ahmad Rizal Umar, 43, serta memerintahkannya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan.

Ketika menyampaikan keputusan, Nallini berkata, keterangan yang dikemukakan pihak pendakwaan tidak mencukupi untuk membuktikan kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Prinsip asas yang dilanggar ialah kegagalan Mahkamah Tinggi menilai keseluruhan keterangan seperti dikehendaki mengikut Seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah. Hakim bicara dilihat hanya menumpukan kepada pembelaan tanpa menilai keseluruhan bukti,” katanya. Beliau menambah, Mahkamah Rayuan juga gagal membetulkan perkara itu, menyebabkan sabitan asal tidak dapat dipertahankan.

“Dalam keadaan ini, jelas bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Oleh itu, rayuan ini dibenarkan dan sabitan dibatalkan,” katanya lagi.

Ahmad Rizal sebelum ini disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 25 Jun 2020, atas tuduhan membunuh Kartini Borhan, 27, antara jam 4 hingga 5 pagi pada 29 September 2011, di sebuah rumah di Taman Adika, Keningau. Ketika kejadian, beliau bertugas sebagai inspektor polis di Balai Polis Keningau.

Rayuannya terhadap keputusan itu pernah ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 23 September 2024, sebelum beliau membawa kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan. Perjalanan Panjang 14 Tahun Ahmad Rizal pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Majistret Keningau pada 14 Mei 2012. Pada 22 Julai 2014, Mahkamah Tinggi membebaskannya tanpa perlu membela diri.

Namun, selepas pendakwaan mengemukakan rayuan, keputusan itu diketepikan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Beliau kemudian diperintahkan membela diri pada 21 Mac 2018, di hadapan hakim baharu selepas hakim asal bersara.

Sepanjang tempoh itu, Ahmad Rizal melalui tahun-tahun yang penuh tekanan dan kesukaran, sebelum akhirnya bebas sepenuhnya hari ini.


Beliau diwakili oleh Datuk Ram Singh dan Prem Elmer Ganasan yang bertindak secara pro bono, manakala Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zain Ibrahim hadir mewakili pihak pendakwaan.

Menurut Ram Singh, anak guamnya kini merancang untuk kembali ke Perak bagi bertemu keluarga dan anak-anaknya, setelah sekian lama terpisah.

“Beliau tidak pernah melawat mereka sejak pembelaannya dipanggil pada 2018,” katanya.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Ahmad Rizal Umar (gambar), 37, didapati bersalah oleh Hakim Datuk Nurchaya Arshad kerana membunuh Kartini Borhan, 27, antara jam 4 pagi dan 5 pagi 29 September 2011 di sebuah rumah di Taman Adika, Keningau.
( 📸 ©bharian.com.my)
Pembunuh Ibu Tunggal: Inspektor polis dihukum mati

Seorang inspektor polis dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, Khamis, kerana membunuh seorang ibu tunggal di Keningau sembilan tahun lepas.


Ahmad Rizal merupakan inspektor polis yang ditugaskan di Balai Polis Keningau pada waktu kejadian itu.

Ahmad Rizal kelihatan gelisah dan kerap berpaling untuk melihat ke arah isterinya yang duduk di galeri awam dan ke arah pasukan peguamnya apabila Nurchaya menyampaikan keputusannya.

Tertuduh pada mulanya dilepaskan dan dibebaskan oleh seorang lagi Hakim Mahkamah Tinggi pada 22 Julai 2014 tanpa meminta dia membela diri.


Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan pada 21 Mac 2018 memerintahnya membela diri susulan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Ahmad Rizal memilih untuk membela diri dengan memberi keterangan bersumpah pada 9 Oktober 2018.

Dia juga memanggil seorang ahli patologi forensik, Dr Bhupinder Singh sebagai saksi kedua dalam pembelaannya.


Terdahulu, Nurchaya dalam menyampaikan keputusan, menyatakan bahawa kematian Kartini disahkan oleh Dr Jessie Hiu, seorang ahli patologi yang melakukan bedah siasat mayat Kartini dan juga mengesahkan kematian berpunca dari luka tikam pada dadanya yang menghala ke bawah, memotong otot rusuk, paru-paru kiri, selaput jantung dan menembusi jantungnya dari atas kanan ke bawah.

Mangsa dikenal pasti oleh bapanya, Borhan Sulaiman sebelum bedah siasat itu.


Pendakwaan melalui saksi-saksi mereka mendedahkan hubungan Ahmad Rizal dengan Kartini, di mana akhirnya wanita itu dibunuh oleh tertuduh.

Nurchaya selanjutnya menyatakan bahawa mahkamah mendapati kesan keseluruhan bukti pendakwaan membawa kepada inferens dan kesimpulan bahawa Ahmad Rizal adalah pelaku jenayah itu.


“Kehadiran tertuduh di lokasi jenayah iaitu premis disebutkan sebelum ini di mana mangsa merupakan penyewa bilik pertama, tidak dipertikaikan.

“Terdapat kekurangan bukti mengenai pembabitan pihak ketiga yang ditegaskan oleh pembelaan, iaitu perompak yang menikam mangsa sehingga mati di samping mencederakan tertuduh.


“Ini disahkan oleh pendapat pakar perubatan (saksi ke-23 pendakwaan) yang mendapati bahawa kecederaan yang dialami oleh tertuduh telah dilakukan sendiri, tiada pihak ketiga terbabit tetapi hanya pergaduhan antara si mati dan tertuduh yang menyebabkan kematian mangsa. Kecederaan yang dikenakan pada si mati yang menyebabkan kematiannya telah disebabkan oleh tertuduh.


“Motif pembunuhan disebabkan oleh hubungan sulit tiga segi antara si mati dengan tertuduh, dan si mati dengan saksi ke-12 pendakwaan (Lim Guan Heng), yang berterusan sehingga kematian mangsa.

Tambahnya, hubungan sulit tiga segi itu akhirnya menyebabkan jenayah ghairah pada pagi 29 September 2011 yang bermula pada lewat malam 28 September 2011, dan membawa kepada kematian si mati.

Mengenai premis keterangan ahli patologi mengenai jenis kecederaan kepada dada si mati, Nurchaya berkata, bila dilihat secara objektif, ia menunjukkan bahawa kecederaan itu cukup untuk menyebabkan kematian; apabila jantung si mati ditembusi, kematian seharusnya akibat semula jadinya.

“Dengan itu, niat untuk menyebabkan kematian akan memuaskan syarat Seksyen 300 (C) Kanun Keseksaan,” kata Nurchaya.


Ahmad Rizal diwakili oleh peguam Ram Singh serta Ridwandean M. Borhan, Kimberly Ye dan Flavian Edward Henry.

Ram, apabila ditemui kemudian, berkata pembelaan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan tidak lama lagi.

Timbalan Pendakwa Raya Khairuddin Mohd Idris hadir untuk pendakwaan.


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)