Tingkap kaca kedai muzik yang dipecahkan di Pusat Industri Towering di Penampang. |
PENAMPANG (16 Sept): 2 gitar bernilai RM4,000 dicuri di sebuah kedai muzik di Pusat Industri Towering di sini setelah dipecah masuk pada hari Selasa.
Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 10 malam dan hanya disedari keesokan harinya oleh pekerja dan pemilik kedai muzik tersebut.
“Suspek dipercayai menggunakan benda keras untuk memecahkan tingkap kaca dan mencuri 2 gitar dan alat mendirikan gitar yang dipamerkan.
"Mangsa mengalami kerugian berjumlah RM4,000," katanya pada hari Khamis.
Polis sedang mengesan suspek kecurian dan Mohd Haris menggesa sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu polis dalam siasatan mereka.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
SOURCE: The Borneo Post
Kongsikan artikel ini:
Post a Comment