Kes Covid di Sabah turun hari ini walaupun 5 daerah catat kenaikan

Masidi: Sabah juga kini menghampiri 60% penduduk dewasa yang telah mengambil satu dos

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 2,430 kes baharu hari ini, turun sebanyak 164 kes berbanding kelmarin (2,594).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, beberapa daerah mendaftar jumlah kes yang lebih tinggi berbanding kelmarin, iaitu Kota Kinabalu (+55), Kinabatangan (+139) (kluster baharu +122), Kudat (+42), Pitas (+27) and Kota Belud (+15).


Sementara penurunan kes yang banyak direkodkan di Keningau (-104), Kota Marudu (-46), Putatan (-40), Papar (-68) and Penampang (-85).

“1,030 daripada jumlah kes hari ini adalah kes-kes lewat daftar antara 2-3 hari, 221 antara 4-5 hari dan 274 adalah keputusan sampel ujian yang didaftar lewat melebihi 5 hari,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.


Katanya, saringan kontak rapat menyumbang 56% (1,362) daripada keseluruhan kes hari ini, manakala saringan bergejala sebanyak 30.2% (734) dan 6.4% (156) diperolehi melalui saringan bergejala.

Seramai 1,732 pesakit hari ini adalah dalam kategori dua, 652 dalam kategori satu, 24 orang dalam kategori tiga, 5 orang dalam kategori empat dan 13 orang dalam kategori lima. 4 kes masih dalam siasatan.


Masidi turut memaklumkan semua negeri di Malaysia, termasuk Sabah berjaya mencapai sasaran nilai ambang 40% vaksinasi lengkap bagi penduduk dewasa dibawah Pelan Pemulihan Nasional.

“Sabah juga kini menghampiri 60% penduduk dewasa yang telah mengambil satu dos,” ujarnya. - Warta Online


Jumlah kes mengikut daerah:

Kota Kinabalu 622 (567)
Sandakan 260 (320)
Papar 196 (264)
Tawau 190 (168)
Penampang 183 (268)
Kinabatangan 165 (26)
Tuaran 132 (156)
Kota Belud 91 (76)
Lahad Datu 82 (95)
Kudat 66 (24)
Pitas 52 (25)
Putatan 41 (81)
Tenom 40 (49)
Ranau 39 (41)
Nabawan 37 (30)
Kota Marudu 35 (81)
Keningau 34 (138)
Beluran 24 (21)
Telupid 23 (33)
Kalabakan 22 (13)
Kunak 19 (22)
Beaufort 19 (41)
Kuala Penyu 13 (10)
Tambunan 12 (10)
Semporna 11 (8)
Sipitang 11 (20)
Tongod 11 (7)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin – 31/08)



Kluster Baharu
Kluster Kinabatangan 2
Kinabatangan 124(+122)




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.