KHAIRY (kanan) bersama Ferro (kedua kiri) semasa lawatan hospital itu. |
tindakan susulan dalam masa terdekat - KJ
PAPAR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat penilaian berhubung kelewatan projek fasa dua Hospital Papar yang dijadualkan siap pada tahun lepas, sebelum memutuskan tindakan selanjutnya dalam masa terdekat.Kata Khairy, beliau akan berbincang dengan Fadillah untuk membuat keputusan seterusnya berhubung projek berkenaan. - BERNAMA |
"Saya telah minta KSU (Ketua Setiausaha KKM) untuk turut melihat status dewan pembedahan yang ada di hospital ini untuk melihat sama ada dapat diselamatkan ataupun tidak," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Papar di sini hari ini.
Katanya beliau akan berbincang dengan Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof untuk membuat keputusan seterusnya berhubung projek berkenaan.
"....sebelum itu kita kena buat penilaian dahulu, lihat apa sebab berlaku kelewatan," tambahnya.
Khairy berkata sekiranya kontrak bagi pembinaan itu ditamatkan, Kementerian Kesihatan perlu berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk menilai semula status projek itu. -- BERNAMA
Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.
Post a Comment