Kota Kinabalu Bakal Buka Cawangan Starbucks Pandu Lalu Pertama Pada Bulan Ini
Cawangan Starbucks pandu lalu ini telah dibina sejak bulan November pada tahun 2019 di kawasan Kolombong.
Illustrasi Lakaran Pelan artis bangunan Starbucks pandu lalu pertama di Kolombong, yang dijangka akan beroperasi pada awal bulan depan.
Ia dibangunkan oleh syarikat Arena Borneo Sdn Bhd dan anak syarikat TBMC Developement Sdn Bhd dan dijangka siap pada bulan Oktober ini.
Starbucks pandu lalu ini telah mendapat inspirasi dari pemandangan hutan hujan yang indah di Kota Kinabalu, dengan reka bentuk kontemporari dan minimalis yang membentuk sebuah bangunan kafe di Jalan Lintas," kata Sydney Quays, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Food Berhad dan Pengarah Urusan Starbucks Malaysia dan Brunei.
Kota Kinabalu Bakal Buka Cawangan Starbucks Pandu Lalu Pertama Pada Bulan Ini. Sumber: The Borneo Post
Kafe Starbucks ini dibuka di Jalan Lintas, Kota Kinabalu
Tanah keluasan 23,000 persegi dan bangunan keluasan 3,800 kaki persegi dijadikan sebagai ruangan makan dan khidmat pandu lalu. Menurut Pengarah Urusan TBMC, kos pembinaan bangunan kafe itu dianggarkan lebih RM2 juta dan ianya menjadi kafe pandu lalu pertama di Kota Kinabalu dan kedua di Sabah.Starbucks pandu lalu yang telah siap dibina tersebut diberikan kepada Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn. Bhd. Pembukaan kedai Starbucks ini sering tertangguh kerana musim pandemik ini.
Kafe baru di Jalan Lintas ini merupakan Starbucks pandu lalu yang kedua di Sabah.
Kafe pertama dibuka di Sandakan pada 12 Julai 2019. Sumber: Facebook Starbucks Sandakan Drive-Thru
Pelekat kereta istimewa anda boleh dapati di kedai Starbucks
“Kami bakal melancarkan beberapa promosi agar orang tempatan dapat menikmati promosi tersebut, termasuk pelekat kereta istimewa yang anda boleh didapati dari kedai Starbucks”
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Food Berhad dan Pengarah Urusan Starbucks Malaysia dan Brunei, Sydney Quays
Jalan Lintas adalah lebuh raya utama di Kota Kinabalu yang menghubungkan jalan ke banyak kawasan, terutamanya kawasan perumahan Inanam dan Luyang dan bahkan juga ke bandar lain.
Ianya juga mempunyai laluan aliran kenderaan yang tinggi dan membolehkan Starbucks untuk menyesuaikan dengan gaya hidup penduduk Kota Kinabalu itu sendiri.
“Setelah mengendalikan kedai drive-thru selama lebih dari 10 tahun, kami percaya bahawa ia adalah lokasi yang ideal dan akan menambahkan rasa komuniti yang lebih besar bagi orang-orang di kawasan ini.”
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment