MERS 999: ‘Kenapa perlu rujuk ke KL?’

SEORANG anggota bomba melakukan siasatan di rumah teres dua tingkat di Taman Hungab yang musnah dalam kebakaran, Selasa lepas. – fotoBERNAMA

Panggilan Kecemasan Salurkan Terus Ke Sabah – Shafie

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kesal kerana empat sekeluarga di Penampang rentung pada awal pagi Selasa lepas dan mempersoalkan kenapa panggilan MERS 999 rakyat Sabah yang berdepan situasi hidup atau mati perlu disalurkan ke Kuala Lumpur terlebih dahulu.


“Ini mengejutkan. Apabila kita mahu membina negara, ia bukan hanya mengenai pengagihan sama rata kekayaan tetapi juga semua perkhidmatan yang kamu berikan.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal
Pusat panggilan kecemasan Mers 999 perlu ditambah baik bagi mengelakkan kelewatan berlaku bagi menangani kes-kes kecemasan terutama kebakaran di Sabah.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, insiden kebakaran yang mengakibatkan empat beranak rentung dalam kejadian kebakaran di Taman Hungab, Penampang harus membuka mata semua pihak untuk menambah baik sistem sedia ada.


Panggilan Mers 999 yang berpusat di Putrajaya perlu dilihat semula bagi mengelakkan kelewatan tindakan menangani kes kecemasan berlaku.

Berdasarkan kenyataan dilaporkan media semalam, berlaku kelewatan dalam tindakan memadam kebakaran disebabkan penerima panggilan bertanya terlalu banyak soalan kerana tidak mengetahui dimana kedudukan Penampang.

Media melaporkan pemanggil juga merasa terlalu banyak masa terbuang untuk memberi penjelasan kedudukan Penampang dan Donggongon.

Oleh itu, Mohd Shafie berkata, pemusatan panggilan kecemasan secara terus ke Putrajaya perlu diselesaikan bagi mengelakkan kelewatan tindakan berlaku semasa berlaku kecemasan.


“Kenapa kita tidak boleh mempunyai sistem menerima panggilan kcemasan di Sabah kerana penerima panggilan lebih tahu kedudukan sesuatu kawasan jika ada kecemasan dilaporkan.

“Kita percaya situasi ini perlu dikaji semula bagi membolehkan sistem respon kecemasan boleh ditambah baik,” katanya.

Master Of Trainer (MOT) MERS 999 Ketua Wanita Pertama Balai Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, Agustavia Joe Guasi

Beritahu maklumat penting ini kepada operator MERS 999



Jenis kecemasan, lokasi tepat dan butiran perhubungan pemanggil adalah maklumat paling penting yang perlu diberikan kepada operator MERS 999 kata Master Of Trainer (MOT) MERS 999 Bomba dan Penyelamat Negeri, Agustavia Joe Guasi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai Prosedur Operasi Standard MERS 999 susulan kebakaran yang meragut nyawa empat sekeluarga di Kg Hungab, Penampang pada Selasa.


Agustavia yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas berkata semua tiga maklumat di atas adalah sangat penting supaya bantuan yang sewajarnya dapat dihantar secepat mungkin.

Beliau berkata Perkhidmatan Tindak Balas Kecemasan Malaysia 999 (MERS 999) adalah satu inisiatif oleh kerajaan Malaysia untuk menggabungkan nombor kecemasan Malaysia ke satu nombor pusat supaya mudah diakses, iaitu 999.

Di bawah arahan kerajaan, badan kecemasan akan menjalankan tugas teras mereka seperti badan penguatkuasaan keselamatan (polis), badan pencegahan kebakaran dan penyelamat (Bomba), perkhidmatan perubatan (hospital), perkhidmatan kemanusiaan (Pertahanan Awam) dan kecemasan di laut (Maritim Malaysia),” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurut Agustavia, sistem ini berjalan di bawah satu platform umum untuk menyediakan proses pengendalian panggilan kecemasan yang terkoordinasi dan seragam yang memberikan butiran pemanggil untuk penyedia perkhidmatan kecemasan, iaitu Polis, Bomba dan Penyelamat, Hospital, Pertahanan Awam dan Maritim.

“Panggilan kecemasan akan dapat dihantar ke agensi berkaitan jika pemanggil bekerjasama dengan memberikan maklumat yang tepat, antaranya untuk memastikan apa jenis kecemasan, sebagai contoh situasi kecemasan seperti rompakan, kebakaran, serangan jantung, kemalangan dan banjir.


“Pemanggil juga harus memberikan maklumat yang tepat mengenai lokasi kecemasan termasuk mana-mana mercu tanda dan yang terakhir memberikan nama mereka dan nombor telefon untuk memudahkan stesen berkenaan menghubungi pemanggil untuk maklumat lanjut,” katanya.

Agustavia berkata jangan buat sebarang andaian apabila operator meminta sebarang maklumat kerana apabila operator 999 mendapat semua tiga maklumat ini, pada masa sama panggilan dibuat, maklumat itu turut dihantar kepada agensi berkaitan seperti Jabatan Bomba yang menghantar pasukannya ke tempat kejadian, semuanya semasa panggilan sedang dibuat.

“Apa pun maklumat yang anda berikan adalah sangat membantu kepada jabatan bomba atau agensi kecemasan lain dalam menghantar bantuan yang cepat dan betul.

“Ingat, apabila operator menjawab panggilan itu, terangkan situasi kecemasan dengan jelas dan jawab soalan mereka kerana maklumat yang diberikan adalah penting untuk menentukan badan kecemasan yang perlu bertindak balas.

“Jika pemanggil berasa gelisah, saya cadangkan anda cuba bertenang kerana ia akan menyukarkan operator menerima maklumat penting dengan jelas dan sila tunggu di talian dan jangan putuskan talian,” katanya.


Menurut Agustavia, pemanggil juga perlu memberikan nama dan alamat.

“Jika tempat kejadian berbeza dari alamat pemanggil, sila pastikan operator dimaklumkan mengenainya.”


Beliau berkata dalam satu kecemasan perubatan, pemanggil diminta untuk bersabar semasa memberikan maklumat kepada operator supaya situasi kecemasan dapat dikenal pasti.

“Dalam kes seperti itu pemanggil akan dinasihatkan mengenai bagaimana menangani pesakit semasa bantuan dalam perjalanan,” katanya.

SOURCE: Daily/Harian Ekspress

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.