PGA Sabah Rampas Kulit Kayu Tangar Benilai RM350,000

Picture
Anggota Batalion 20 PGA Beluran bersama agensi lain memeriksa bot membawa muatan kulit kayu tangar yang dicuri dari Hutan Simpan Kuala Sungai Paitan. - Foto ihsan PGA Sabah
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Kulit kayu tangar RM350,000 dirampas

KOTA KINABALU: Operasi Op Khazanah Bersepadu menemui 10,000 kilogram kulit kayu tangar dipercayai dicuri dari Hutan Simpan Kuala Sungai Paitan, Sungai Sugut, Pulau Jambongan, Beluran, semalam.


Dalam operasi jam 2 petang itu, kayu berkenaan ditemui ditinggalkan dalam sebuah bot dipercayai dari Filipina.


Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias, berkata operasi dijalankan pegawai dan anggota Batalion 20 PGA Beluran dengan kerjasama Jabatan Perhutanan dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).


Katanya, ketika rondaan pasukan operasi menemui sebuah bot berserta enjin yang tidak berdaftar dipercayai digunakan penceroboh.


"Pasukan operasi terus melakukan pemeriksaan di kawasan sekitar dan tidak menemui mana-mana individu atau kesalahan lain di lokasi.

Picture
Polis menemui bot terbengkalai dengan 10,000 kg kulit pokok tangar

"Rampasan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perhutanan untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Picture
Melupuskan barang rampasan: Bot bersama sebanyak 10,000 kg kulit pokok tangar dicuri dihancurkan oleh pegawai perhutanan negeri di daerah Beluran timur laut Sabah dengan membakar semua termasuk bot yang disyaki dari Filipina.

Abdul Rani berkata, semua kayu yang ditemui dianggarkan bernilai RM350,000 berdasarkan harga pasaran semasa.

Katanya, bot yang digunakan pula dianggarkan bernilai RM80,000 dan menjadikan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM450,000.

Picture
Kayu haram bernilai RM350,000: Sebuah kapal terbengkalai yang sarat dengan kulit kayu tangar disita oleh polis.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 23 Enakmen Perhutanan 1968 dan Peraturan-Peraturan Hutan 1969.


"Jabatan Perhutanan kemudiannya melupuskan dengan membakar semua kulit kayu berkenaan termasuk bot ," katanya.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.