Sambutan hari jadi cetus kuster baharu di Long Pasia, Sipitang

Picture
Seorang jururawat bersiap untuk melakukan ujian calitan Covid-19. - Foto Bernama
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Majlis sambutan hari lahir di Long Pasia, Sipitang cetus kluster baharu di Sabah


KOTA KINABALU: Kluster baharu di Long Pasia hari ini mencetuskan kekecewaan kerana ianya yang kedua melibatkan komuniti dalam masa 2 hari, menunjukkan masih ada yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Long Pasia – Sipitang berpunca daripada sambutan Majlis Hari Jadi yang dihadiri oleh penduduk kampung dan hingga kini, 25 orang telah didapati positif hasil saringan yang dijalankan ke atas 30 individu.


“Kluster Long Pasia ini serta Kluster Mokodou di Ranau yang diistiharkan kelmarin agak mengecewakan dalam usaha kita memerangi pandemik.

“Kedua kes ini jelas menunjukkan masih ada penduduk kita yang tidak mematuhi SOP dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) secara serius.

“Kelalaian dan sikap acuh tak acuh telah mengakibatkan jangkitan virus Covid-19 yang melibatkan ramai penduduk,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.

Pegawai daerah, ketua masyarakat diminta pantau acara sosial di kampung

Justeru itu, beliau berharap pegawai-pegawai daerah dan ketua-ketua masyarakat, khususnya di peringkat akar umbi termasuk semua Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), dapat memantau acara-acara sosial di kampung untuk memastikan pematuhan ketat kepada semua SOP.

“Kerjasama rakyat jelata amatlah penting bagi membolehkan kita memenangi perang melawan pandemik Covid,” katanya.

SOURCE: Warta Oriental

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.