Ujian amaran tsunami di Sabah hari ini

Picture
Pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) itu akan diadakan di Masjid Puncak Taqwa Pekan Kinarut sekitar pukul 2.30 petang hingga 4.00 petang.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dijadual melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Kinarut, Sabah, hari ini.



MetMalaysia dalam satu hantaran di laman Facebook berkata, pengujian SAATNM itu akan diadakan di Masjid Puncak Taqwa Pekan Kinarut sekitar pukul 2.30 petang hingga 4.00 petang.


“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan ujian sahaja.


“MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan berhubung perkara berkenaan,” katanya hari ini. – K! ONLINE

SOURCE: K! ONLINE

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.