Wanita Maut Tercampak Keluar Dari Kenderaan Dipandu Ibu di KM 11, Jalan Tenom-Keningau

Kenderaan mangsa yang terbalik menyebabkan mangsa tercampak keluar sebelum disahkan meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Tenom-Keningau.

TENOM: Penumpang wanita maut selepas tercampak keluar dari kenderaan dipandu ibunya dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Tenom-Keningau dekat sini, semalam.

Dalam kejadian pada 5.30 petang itu, mangsa berusia 25 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di badan dan kepala.


Ibu mangsa yang berusia 54 tahun pula turut mengalami kecederaan dan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tenom.

Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Hasan Majid berkata, kemalangan itu membabitkan Proton Iswara dan Perodua Myvi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua kenderaan itu bertembung hingga menyebabkan penumpang Proton Iswara tercampak keluar dari keretanya.


“Pemandunya pula dipercayai mengalami kecederaan dalaman dan terus dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. “Pemandu Perodua Myvi bersama anaknya tidak mengalami kecederaan serius dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sebelum itu, satu video kejadian kemalangan berdurasi satu minit lapan saat itu tular di media sosial.

Rakaman berkenaan memaparkan sebuah kenderaan terbalik di tepi jalan dan seorang mangsa terbaring dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian. – HMetro

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.