21 Kes Baharu Delta, 3 Beta di Sabah

Picture
KKM kesan 392 kes COVID-19 mempunyai varian membimbangkan
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

24 kes Varian membimbang (VOC) baru dikesan di Sabah

KOTA KINABALU (7 Okt): Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti 24 kes Varian membimbangkan (VOC) Covid-19 baru di Sabah antara 25 September dan 6 Oktober.

Dalam satu kenyataan pada hari Khamis, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan 21 kes melibatkan varian Delta dan tiga Beta.

Picture
Foto fail Bernama menunjukkan seorang pekerja kesihatan melakukan ujian swab Covid-19.

Secara kumulatif, Sabah mempunyai 87 jangkitan yang diklasifikasikan sebagai varian membimbangkan, 73 kes Delta, 11 Beta dan 3 Alpha.


Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 392 kes lagi yang mempunyai varian yang membimbangkan (VOC) membabitkan 384 varian Delta (B.1.617.2) dan selebihnya varian Beta (B.1.351), setakat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata varian berkenaan berjaya dikesan hasil kajian berterusan yang dijalankan oleh Institut Biologi Molekul Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UMBI-UKM), Fakulti Perubatan Universiti Malaysia dan Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) Universiti Teknologi MARA.

Beliau berkata, kajian berkenaan turut dijalankan oleh Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Universiti Malaya (TIDREC-UM), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Institut Genom Malaysia (GMI).

"UMBI-UKM mengenalpasti sebanyak 91 kes yang kesemuanya varian Delta, FOM-UM (83 kes iaitu 79 varian Delta serta empat varian Beta), iPROMISE-UiTM (77 kes varian Delta) dan TIDREC-UM (51 kes iaitu 50 varian Delta dan satu Beta).


"Varian berkenaan turut dikesan oleh GMI iaitu sebanyak 48 kes membabitkan 47 varian Delta dan satu Beta, IMR (42 kes iaitu 40 varian Delta dan dua varian Beta)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Memperincikan mengenai varian berkenaan, Dr Noor Hisham memaklumkan bagi Beta masing-masing tiga dikesan di Selangor dan Sabah manakala masing-masing satu dilaporkan di Negeri Sembilan dan Kelantan.

"Bagi 384 kes varian Delta semua negeri terdapat penambahan iaitu sejumlah 109 kes dikesan di Selangor, Pulau Pinang (46), Kuala Lumpur 942), Negeri Sembilan (34), Pahang (33), Melaka (31), Johor (28), Sabah (21), Terengganu (16), Kelantan (12), Perak (7), masing-masing dua di Putrajaya dan Labuan serta satu di Kedah," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, perkembangan itu menjadikan sehingga kini jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant Under Monitoring (VUM) adalah sebanyak 2,252 kes.


"Daripada jumlah berkenaan, 2,232 kes adalah VOC dan 20 kes lagi adalah varian mempunyai kepentingan (VOI). Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak; 1,996 varian Delta, Beta (222) dan Alpha (14).

"Bagi VOI, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah membuat semakan semula pada 30 September lalu dan mendapat terdapat hanya dua VOI yang baru iaitu Lamba (C.37) dan Mu (B.1.621) manakala Theta, Kappa dan Eta dikategorikan sebagai VUM," katanya.

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.