(Gambar) Semua Orang Jadi ‘Gila’ Jumpa Manny Pacquiao Versi Malaysia

Ibarat buah jatuh ke riba, beliau kini kerap mendapat jemputan ke pelbagai program antarabangsa. - Discover ASEAN / Muhd Azran Malik

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Tular satu hantaran di Facebook Discover ASEAN, terdapat seorang individu yang memiliki persamaan wajah dan perwatakan dengan jaguh tinju dunia dari Filipina, Manny Pacquiao.

Picture
Masuk news suda si Gundohing Aloysius Taidin kita yang berasal dari Sook, Keningau. Ceritanya viral sebab rupanya yang seiras Manny Pacquiao

Aloysius Taidin, 43, hanyalah seorang penoreh getah dengan pendapatan kira-kira RM40 sehari, namun setiap kali berjalan di bandar Keni­ngau dan Kota Kinabalu, pasti ada orang datang menegur serta mahu bergambar dengannya.


Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai ‘PacMan’ itu merupakan salah satu peninju terbaik sepanjang zaman yang kini beralih arah kepada dunia politik apabila menjawat jawatan selaku Senator di negara kelahirannya iaitu Filipina sejak tahun 2016.

Seolah-olah selebriti yang men­dapat tumpuan awam, populariti dimiliki lelaki Dusun dari Kampung Kabatang Baru itu­ bukan disebabkan oleh bakat nyanyian atau lakonan, sebaliknya disebabkan wajahnya dikatakan seiras de­ngan peninju legenda Filipina, Manny Pacquiao.

Aloysius yang memeluk Islam ketika mengahwini isterinya, Siti Faridah Sulaiman, 30, mempunyai senyuman, bentuk wajah, ga­ya rambut, misai serta janggut mirip Pacquiao, menyebabkan orang ramai sering tersalah anggap dia adalah juara tinju itu.

Picture
Manny Pacquiao menghadiri taklimat menanam lada hitam baru2 ini di Nabawan/Sook anjuran PLAS, Persatuan Penanam dan Pengusaha Lada Hitam Sabah. Dia nda mo boxing sudah 😅😅😅😅

Aloysius berkata, dia mula me­nye­dari wajahnya seiras Pacquiao beberapa tahun lalu ketika seorang lelaki Filipina yang kebetu­lan sedang menonton pertaru­ngan peninju tersebut di sebuah restoran menghampirinya.

“Pada tahun 2010, saya sedang menonton pertarungan membabitkan Pacquiao di sebuah restoran dan selepas perlawanan tamat ada seorang lelaki yang baru sampai dari Singapura tiba-tiba datang ke meja saya.



“Lelaki tersebut cakap muka saya betul-betul seiras dengan Pacquiao. Pada mulanya saya tidak percaya kerana itu adalah pertama kali saya menonton pertarungan membabitkan Pacquiao tetapi apabila pulang ke rumah dan melihat cermin, barulah saya perasan apa yang lelaki itu cakap memang betul,” katanya yang sejak itu mula meminati peninju dan juga Se­nator Filipina itu.


Perkara yang sangat menarik berjaya ditemui oleh para penduduk di sekitar Keningau, Sabah adalah individu yang dikatakan mirip dengan wajahnya.


Ini juga membuatkan ramai yang berpendapat bahawa wajah individu tersebut ‘sempurna’ seperti wajah jaguh tinju itu.


Lelaki tersebut dikenali sebagai Aloysius Taidin. Beliau yang berusia 43 tahun itu merupakan pemuda yang berasal daripada Kampung Kabatang Baru, Sabah sudah lama dikenali disebabkan wajah uniknya persis Manny Pacquiao.


Selain itu, beliau yang bekerja sebagai seorang penoreh getah dengan berbekalkan pendapatan sebanyak RM 40 sehari sudah memeluk Islam ketika beliau bernikah dengan isterinya, Siti Faridah Sulaiman.


Wajahnya yang berkumis selain bentuk badan dan juga ketinggiannya yang mirip dengan peninju terkenal itu membuatkannya menjadi bualan masyarakat.


Aloysius menjelaskan mengenai saat pertama beliau disamakan dengan wajah peninju tersebut adalah pada tahun 2010 ketika seorang warga Tambunan yang bekerja di Singapura meluru ke arahnya bersama beberapa orang sahabatnya di sebuah restoran di Keningau menyaksikan pertarungan tinju yang menampilkan orang Filipina.

Beliau menyatakan bahawa wajah Aloysius sama dengan wajah peninju terkenal itu.


‘Dia datang ke arah saya dan bersalam sambil menyebut nama Pacquiao, namun saya menjelaskan bahawa saya bukan dia.’


‘Malah, ketika saya pergi ke Keningau dan bertemu dengan orang Filipina yang menjual cakera padat, mereka turut memanggil saya dengan gelaran itu,’ – Jelasnya kepada Great Enthusiasm Tube.

Aloysius Taidin, Manny Pacquiao


Pacquiao versi Malaysia. Keluar rumah je terus orang cari dia ajak bergambar. Korang pernah jumpa dia?

SOURCE: Ultra Sukan

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.