Pemandu e-Hailing Diacu Senjata, Disamun Penumpang Di Likas

Picture
LOKASI mangsa disamun dua lelaki di Lorong Burung Keleto, Kampumg Likas, Kota Kinabalu. FOTO ihsan PDRM
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


KOTA KINABALU: Pemandu e-hailing berdepan detik cemas selepas disamun dua lelaki dalam kejadian di Lorong Burung Keleto, Kampung Likas di sini, semalam.

Dalam kejadian pada 12.23 tengah malam itu, mangsa berusia 25 tahun yang diacukan benda tajam di leher terpaksa menyerahkan dompet dan telefon pintar miliknya kepada dua lelaki terbabit.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai pemandu e-hailing itu mengambil kedua suspek di tepi Jalan Tanjung Lipat berhampiran SICC di sini.

Menurutnya, sebaik sampai di lokasi kejadian, seorang daripada suspek mendakwa mahu mengambil wang di rumahnya dan seorang lagi menunggu di dalam kereta.

“Secara tiba-tiba, suspek di dalam kenderaan terus mengacukan senjata tajam pada leher mangsa dan mengarahkannya supaya menyerahkan barang berharga kepadanya.


“Berlaku sedikit pergelutan antara mereka dan suspek bertindak agresif sehingga memaksa menyerahkan barangan kepada penjenayah terbabit.

“Suspek kemudian melarikan diri ke arah kebun pisang berdekatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Mohd Zaidi berkata, mangsa yang terselamat tanpa sebarang kecederaan terus meninggalkan tempat kejadian.

Katanya, mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan siasatan lanjut sedang giat dijalankan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan. – HMetro

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.