Siasat kenapa hidupkan projek gas Sabah RM9.4 bilion, PH beritahu SPRM

Picture
Pakatan Harapan terkejut dengan keputusan kerajaan menghidupkan semula projek kontroversi Saluran Paip Gas Trans-Sabah dan Saluran Paip Pelbagai Produk. (Gambar Bernama)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

PH desak SPRM siasat kerajaan hidupkan semula Trans Sabah Gas Pipeline

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat keputusan Putrajaya pada Februari lalu menghidupkan semula dua projek saluran paip di Sabah yang bernilai RM9.4 bilion.

Majlis Presiden PH mendakwa 88% atau RM8.3 bilion daripada nilai pembinaan keseluruhan sudah dibayar, walaupun kemajuan kerja belum diaudit hanya mencapai 13% setakat Mei 2018.


Gabungan pembangkang itu terkejut dengan keputusan kerajaan menghidupkan semula projek kontroversi Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) dan Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP).

Katanya, nilai pembinaan keseluruhan dua projek itu sekitar RM9.4 bilion tanpa mengambil kira kos tambahan pelbagai pengurusan pakar dan pengambilan tanah sebanyak RM1.7 bilion.

“SPRM wajib menyiasat sepenuhnya mengapa projek TSGP dan MPP yang telah gagal ini dimulakan semula pada 10 Feb lalu oleh kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin,” katanya dalam kenyataan.


Kenyataan bersama itu ditandatangani Presiden PKR, Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden UPKO, Wilfred Madius Tangau.


Persoalan timbul berhubung keputusan menghidupkan semula dua projek itu yang dibatalkan kerajaan PH pada 2018.


Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin mula membangkitkan isu itu selepas mendapat tahu projek berkenaan dihidupkan semula, susulan jawapan bertulis Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz di Dewan Rakyat.

Sementara itu, PH turut menggesa SPRM melipat gandakan usaha menyiasat pendedahan oleh Kertas Pandora yang menamakan sejumlah tokoh korporat dan ahli politik didakwa memiliki akaun luar pesisir.


“Sama ada duit yang disimpan di dalam akaun-akaun ini berasal daripada sumber sah atau kegiatan yang melanggar undang-undang.

“Mendukacitakan jika SPRM tiada keupayaan memperoleh maklumat khusus dan perlu bertanyakan Ketua Pembangkang tentang Kertas Pandora, sungguhpun beliau tidak memiliki sumber yang dimiliki SPRM dan juga kepakaran siasatan khas berkait isu ini.”

SOURCE: FMT

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.